Harian Metro

HILANG KASIH KAKAK

 Pelajar tingkatan dua maut, dua rakan cedera angkara traktor mesin rumput

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@nstp.com.my

“Kakak dah tak ada, saya tak tahu dengan siapa lagi saya nak bergaduh dan bermanja. Selama ini kakaklah yang selalu membantu kerja sekolah,” kata Muhammad Addim Roslan, 10.

Itu rintihan pilu adik kepada pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Nur Afini, 14, yang maut terkena mata bilah traktor mesin rumput yang tercabut di padang sekolah itu, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa bersama dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah yang sepatutnya berlangsun­g hari ini.

Ketika ketiga-tiga mereka berada di sekitar padang, jentera itu pada masa sama menjalanka­n aktiviti memotong rumput sebelum mata bilah terpelanti­ng dan mengenai mangsa.

Akibat kejadian, Nur Afini maut di lokasi berikutan kepalanya terpotong dua manakala Abdullah cedera di telinga kanan dan Mohd Farhan Reza cedera di belakang kepala. Muhammad Addim berkata, dia mengetahui perkara itu selepas diberitahu ibu saudaranya, Norizzah Samat, 53, yang juga guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah, di sini.

“Sewaktu di dalam kelas, mak cik membawa saya pulang dan beritahu kakak dah tak ada. Saya tak tahu nak cakap apa melainkan meraung sekuat hati,” katanya.

Menurutnya, dia sedih kehilangan insan yang paling rapat berikutan mereka hanya berbeza empat tahun.

“Kalau di rumah, kakak yang selalu ajar buat kerja sekolah. Dia kawan bermain dan bergaduh.. .selepas ni saya tak tahu nak bermanja pada siapa,” katanya.

Sementara itu Norizzah berkata, dia yang sedang mengajar menerima panggilan abangnya, Roslan Samat, 63, yang memaklumka­n mengenai kejadian.

“Saya ke kelas Addim dan menyampaik­an berita duka itu. Dia terus menangis dan menyebut nama kakaknya berkali-kali,” katanya.

Menurutnya, arwah yang juga anak keempat dari lima beradik sebelum ini belajar di sebuah sekolah di Pahang dan menetap di Kuantan dan baru sebulan berpindah untuk menguruska­n tanah rancangan FELDA di sini.

Katanya, arwah juga bekas atlet memanah Pahang dan ahli keluargany­a aktif dalam sukan berkenaan.

Beliau berkata, jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Kelamah selepas Zohor, semalam.

Sementara itu rakan arwah yang juga pelajar sekolah itu, Mohd Edzlidin Mohd Nor, 14, berkata, 50 murid menjalani latihan perbarisan mengikut rumah sukan.

“Saya diberitahu selepas kejadian, keadaan menjadi kecoh dan semua orang menangis ketakutan,” katanya ditemui di rumah Muhammad Addim, di sini.

Sementara Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Mohd Yusoff Ismail, 63, meminta semua pihak menghentik­an penyebaran gambar mangsa.

 ?? >4 ??
>4
 ??  ?? TRAKTOR mesin rumput yang meragut nyawa Nur Afini dalam kejadian di padang SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, semalam.
TRAKTOR mesin rumput yang meragut nyawa Nur Afini dalam kejadian di padang SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, semalam.
 ??  ?? AHLI keluarga mangsa sebak ketika menunggu di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
NUR Afini (kiri) bersama ahli keluargany­a.
AHLI keluarga mangsa sebak ketika menunggu di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. NUR Afini (kiri) bersama ahli keluargany­a.
 ?? Muhammad Addim ?? Sewaktu berada dalam kelas, mak cik bawa saya pulang dan beritahu kakak dah tak ada. Saya tak tahu nak cakap apa melainkan meraung sekuat hati”
MUHAMMAD Addim
Muhammad Addim Sewaktu berada dalam kelas, mak cik bawa saya pulang dan beritahu kakak dah tak ada. Saya tak tahu nak cakap apa melainkan meraung sekuat hati” MUHAMMAD Addim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia