Harian Metro

DAH PERANGAI ORANG KITA

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

 Trak makanan, pemandu kenderaan dikesan ‘makan’ laluan khas penunggang basikal

Laluan basikal bernilai RM4 juta yang dibina di sekitar ibu kota didapati disalahgun­akan segelintir peniaga trak makanan sebagai tempat berniaga.

Kegiatan itu dikesan dilakukan beberapa peniaga yang didapati mengambil kesempatan menggunaka­n laluan berkenaan untuk meletakkan kenderaan bagi menjalanka­n perniagaan.

Malah tindakan dilakukan itu menghalang penunggang basikal menggunaka­n laluan berkenaan sehingga menyebabka­n mereka terpaksa memasuki laluan kenderaan lain.

Tinjauan Harian Metro, kelmarin mendapati sekurang-kurangnya dua trak makanan menggunaka­n laluan berkenaan untuk berniaga membabitka­n laluan di Jalan Pinang dan Jalan Perak di sini.

Difahamkan, trak makanan yang menjual makanan dan minuman terbabit sudah seminggu berniaga di kawasan terbabit.

Ramai pelanggan didapati membeli makanan dari trak berkenaan terutama pada waktu tengah hari sekali gus menyebabka­n laluan biru untuk penunggang basikal itu terhalang sepenuhnya.

Seorang penunggang basikal yang mahu dikenali sebagai Nazmi, 32, berkata, dia kecewa dengan tindakan segelintir peniaga dan pemandu kenderaan yang menyalahgu­nakan laluan basikal untuk meletakkan kenderaan mereka.

“Saya menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) untuk ke ibu kota dan menggunaka­n Perkhidmat­an Perkongsia­n Basikal Tanpa Stesen (oBike) untuk ke tempat kerja bagi mengelakka­n kesesakan lalu lintas.

“Namun saya kecewa apabila laluan basikal disediakan pihak berkuasa disalahgun­akan segelintir peniaga dan pemilik kenderaan.

“Tindakan mereka boleh mendedahka­n penunggang basikal kepada risiko kemalangan apabila terpaksa memasuki laluan kenderaan berikutan laluan basikal terhalang dan kami berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Pembanguna­n Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Ibrahim Yusof berkata, tindakan peniaga terbabit melanggar syarat lesen penjaja yang diberikan kepada peniaga trak makanan.

Katanya, peniaga trak makanan tidak dibenarkan berniaga di kaki lima laluan pejalan kaki dan laluan basikal.

“Tindakan peniaga terbabit boleh mencemarka­n imej peniaga trak makanan yang lain. Susulan maklumat daripada Harian

Metro, kami sudah mengambil tindakan terhadap trak makanan yang berniaga di dua lokasi laluan basikal terbabit.

“Tindakan sama juga akan diambil terhadap mana-mana peniaga trak makanan yang melanggar syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan sekiranya didapati bersalah, tindakan kompaun serta sita akan diambil terhadap mereka.

“Kami turut berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai salah laku peniaga trak makanan supaya menyalurka­n kepada

DBKL dan tindakan segera akan dilakukan susulan aduan terbabit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LALUAN khas basikal dibina dengan kos RM4 juta kini disalah guna.
LALUAN khas basikal dibina dengan kos RM4 juta kini disalah guna.
 ??  ?? PENIAGA trak makanan di Jalan Pinang tidak menghirauk­an notis dilarang berniaga di lorong laluan basikal.
PENIAGA trak makanan di Jalan Pinang tidak menghirauk­an notis dilarang berniaga di lorong laluan basikal.
 ??  ?? LORONG biru untuk laluan basikal yang ‘diceroboh’ di Jalan Pinang.
LORONG biru untuk laluan basikal yang ‘diceroboh’ di Jalan Pinang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia