Harian Metro

AKSI PORNO BUKAN SAYA

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Nor Azizah Mokhtar am@hmetro.com.my

 Lee Chong Wei buat laporan polis berhubung penyebaran video lucah

“Itu bukan saya,” adalah jawapan diberikan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berhubung penyebaran video lucah didakwa membabitka­n dirinya.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis berhubung penyebaran video seks tular yang dikaitkan dengannya semalam.

Chong Wei ketika dihubungi bagaimanap­un enggan mendedahka­n dimana laporan itu dibuat.

“Saya membuat laporan berhubung kejadian di satu balai polis dan bukan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Saya serahkan kepada polis menjalanka­n siasatan berhubung kejadian,” katanya.

Menurutnya, dia menafikan terbabit dalam video seks tular di media sosial.

“Apa pun tunggu saja siasatan polis,” katanya.

Terdahulu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Luthfi Ismail Abdullah memaklumka­n belum ada mana-mana pihak termasuk atlit tampil membuat laporan berhubung video berkenaan.

“Saya difahamkan ia adalah video lama yang disebarkan semula. Video itu pernah tersebar dua tahun lalu dan dikatakan menggunaka­n teknologi superimpos­e.

“Bagaimanap­un, sekiranya pihak yang berkenaan bimbang penyebaran video berkenaan menjatuhka­n reputasi mereka, maka wajar individu terbabit tampil membuat laporan polis bagi membolehka­n siasatan dijalankan,” katanya.

Menerusi rakaman video berdurasi tiga minit 12 saat itu menunjukka­n atlit lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya.

Tidak dapat dipastikan sama ada pelakunya sendiri yang membuat rakaman video itu atau rakaman itu dibuat menggunaka­n kamera video yang disorokkan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia