Harian Metro

HARI BAHAGIA KAMI

 Pasangan lumpuh berkerusi roda berkenalan melalui WhatsApp

- Noorazura Abdul Rahman news@nstp.com.my

Biarpun masing-masing lumpuh dan tidak mampu berjalan, pasangan orang kurang upaya (OKU) dari Pokok Sena ini tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk mendirikan rumah tangga.

Perkenalan singkat Amin Ridzuan Che Mohamad, 31, dan Siti Nor Azizah Abdul Aziz, 29, menerusi kumpulan sembang WhatsApp menerbitka­n rasa cinta hingga mereka sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Kampung Menerong, Pokok Sena di sini, semalam.

Perkahwina­n pasangan itu yang kedua-duanya berkerusi roda menarik perhatian ramai apabila diarak oleh rakan OKU yang juga berkerusi roda.

Mereka diraikan pada majlis persanding­an secara sederhana tetapi meriah dengan dihadiri lebih 1,000 tetamu.

Menurut Amin Ridzuan, dia bersyukur ditemukan jodoh dengan seorang wanita yang penyayang dan berharap perkahwina­n mereka berkekalan.

“Kami kenal dalam kumpulan WhatsApp tahun lalu. Pertemuan pertama kami berlaku di rumah Azizah sebelum mengikat tali pertunanga­n tiga bulan kemudian pada Oktober 2017.

“Isteri saya sangat manis

Kami kenal dalam kumpulan WhatsApp tahun lalu. Pertemuan pertama kami berlaku di rumah Azizah sebelum mengikat tali pertunanga­n tiga bulan kemudian pada Oktober 2017”

Amin Ridzuan Che Mohamad

orangnya dan yang penting kami saling memahami kerana masing-masing tidak mampu berjalan,” katanya yang lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan tujuh tahun lalu.

Bagi Azizah pula, dia tidak pernah merasai nikmat berjalan sejak kecil selepas diserang demam panas.

“Saya sudah biasa duduk di rumah saja, selepas ini saya akan cuba melaksanak­an tanggungja­wab saya sebagai isteri sebagai mungkin,” katanya.

Sementara itu, sahabat mereka yang juga OKU, Syazani Md Saad, 35, berkata, kehidupan sebagai pasangan suami isteri OKU perlu banyak bersabar berbanding pasangan lain.

“Mereka perlu tabah dan bersabar dan kekuatan itu perlu dua kali ganda daripada pasangan normal, saya mendoakan yang terbaik untuk mereka dan semoga mereka kekal sehingga ke jannah (syurga),” katanya yang berasal dari Rawang, Selangor.

Amin dan Siti Nor Azizah, kedua-duanya penerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mereka menjana pendapatan dengan perniagaan dalam talian.

 ??  ??
 ?? FOTO: NOORAZURA ABDUL RAHMAN ?? SITI Nor Azizah dan Amin Ridzuan pada majlis perkahwina­n mereka di Kampung Menerong, Pokok Sena.
FOTO: NOORAZURA ABDUL RAHMAN SITI Nor Azizah dan Amin Ridzuan pada majlis perkahwina­n mereka di Kampung Menerong, Pokok Sena.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia