Harian Metro

JPN siasat kejadian secara teliti

-

Jabatan Pendidikan negeri (JPN) menjalanka­n siasatan secara menyeluruh berkenaan insiden pelajar perempuan maut akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd Rahman, Gemas, di sini, semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkah­ar Mohd Deli berkata, ketika ini JPN juga masih menyiasat apa aktiviti yang dijalankan sehingga menyebabka­n kejadian itu.

“JPN menetapkan peraturan bagi kontraktor membuat kerja pembersiha­n di setiap sekolah termasuk waktu dan situasi yang sesuai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia