Harian Metro

Budak nahas hilang memori

-

Kanak-kanak berusia empat tahun yang menjadi satu-satunya insan yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa dan tiga adik-beradiknya, kini berdepan masa depan suram apabila hanya mampu terbaring akibat kecederaan yang dialaminya.

Nur Ghaziyah Athirah Muhamad Abu Dujanah, 4, berdepan masalah hilang ingatan dan tidak mampu bersuara selain bergantung kepada susu khas yang disalurkan melalui hidungnya.

Dalam kejadian jam 6 petang pada 12 Disember lalu, ibu bapanya, Muhamad Abu Dujanah Dzulkrinai­n dan Zinnirah Abdul Hamid, 28, serta tiga adik-beradik Nur Ghaziyah, Nur Magfirah, 6, Muhammad Abu

Ajwad, 4, dan Nur Alia Humairah, tiga bulan, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dinaiki mereka bertembung sebuah bas di Kilometer 176 persimpang­an Kampung Melayu Raya, Segamat.

“Tolonglah, saya merayu kepada mereka yang sudi supaya menghulurk­an bantuan bagi merawat cucu saya yang kini hanya terlantar di katil akibat kemalangan itu,” kata Zaitun Othman, 50, nenek kepada kanak-kanak itu.

Zaitun berkata, suaminya, Dzulkarnai­n Yusoh, 55, hanya menjual kebab di pasar malam menyebabka­n mereka tersepit untuk memberikan rawatan terbaik kepada Nur Ghaziyah Athirah.

Katanya, walaupun terselamat, cucunya kini tidak boleh berjalan kerana patah kedua-dua kaki serta tulang pinggul, manakala otaknya mengalami gegaran dan pendarahan menyebabka­nnya hanya mampu terbaring.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh menghubung­inya di nombor 011-11984344 atau datang terus ke rumah mereka di Taman Makmur di sini.

 ??  ?? ZAITUN membetulka­n kedudukan Nur Ghaziyah Athirah ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Makmur, Kluang.
ZAITUN membetulka­n kedudukan Nur Ghaziyah Athirah ketika ditemui di kediaman mereka di Taman Makmur, Kluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia