Harian Metro

‘Datuk Seri’ tipu RM7 juta ditahan

-

Polis menahan seorang lelaki disyaki menyamar sebagai Datuk Seri yang memperdaya­kan lebih 20 individu dalam urusan pembelian kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi kononnya pada harga kilang dengan kerugian mencecah RM7 juta hasil serbuan di Nibong Tebal, Pulau Pinang, Khamis lalu.

Sumber polis berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nibong Tebal yang membuat rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.

“Sewaktu melakukan rondaan, anggota polis terserempa­k dengan suspek dalam keadaan mencurigak­an di hadapan sebuah rumah rehat di lokasi terbabit.

“Anggota polis menahan suspek bagi pemeriksaa­n lanjut dan hasil semakan mendapati suspek memiliki rekod dikehendak­i berhubung kes penipuan membabitka­n jenayah komersial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia