Harian Metro

Bakar kawan bawah jambatan

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Padah kerap mabuk dan sering membuat kacau menyebabka­n seorang lelaki disimbah petrol sebelum dibakar.

Mangsa berusia 42 tahun dicucuh pemetik api oleh rakannya ketika memancing di bawah jambatan Sungai Klang, Jalan Tun Sambhatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa mendakwa sedang memancing bersama sepupu dan dua rakannya yang lain sebelum disimbah dengan cecair dipercayai minyak petrol.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, berdasarka­n keterangan awal, mangsa memaklumka­n ada cecair yang dibuang dari atas jambatan Jalan Tun Razak berhampira­n Hentian Bas Pekeliling Kuala Lumpur yang terkena badannya ketika sedang memancing.

“Mangsa memaklumka­n badannya terasa panas sebelum dia terjatuh ke dalam Sungai Klang serta dibawa arus hingga ke kawasan berhampira­n Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

“Lelaki itu memaklumka­n dia berjaya berenang dan sampai ke tebing lalu tertidur hingga keesokan harinya,” katanya.

Menurutnya, ketika mangsa berjalan di lokasi terbabit untuk mencari sepupu dan rakannya, orang ramai menelefon ambulans bagi membawa lelaki itu ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) memandangk­an keadaannya yang melecur di

 Lelaki sering buat kacau melecur ketika memancing

bahagian belakang badan dan kedua-dua tangan.

“Gambar mangsa yang dibantu orang ramai turut tular di media sosial yang mendakwa mangsa disimbah dengan asid.

“Siasatan mendapati kecederaan dan cerita yang disampaika­n mangsa tidak konsisten menyebabka­n pihak polis membuat soal siasat kali kedua terhadap mangsa yang menerima rawatan di HKL,” katanya.

Shaharudin berkata, pegawai penyiasat kemudian melawat lokasi kejadian dimaklumka­n mangsa dan menahan tiga saksi termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.

“Saksi memaklumka­n mangsa disimbah dengan minyak petrol dan dibakar dengan pemetik api lelaki dikenali sebagai Karim.

“Punca kejadian dipercayai kerana mangsa selalu mabuk dan membuat kacau menyebabka­n suspek tidak berpuas hati,” katanya.

 ??  ?? GAMBAR mangsa melecur yang tular di media
sosial.
GAMBAR mangsa melecur yang tular di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia