Harian Metro

Maut ditikam penyamun

-

Batu Pahat: Seorang wanita berusia 47 tahun maut selepas ditikam dengan senjata tajam dalam kejadian samun di Jalan Sutera 7, Taman Sutera Yong Peng, di sini, awal pagi semalam. .

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa, Tan Chi Ann pada mulanya ditemui masih hidup oleh orang awam pada jam 1.25 pagi sebelum dikejarkan ke Hospital Pantai, tetapi disahkan meninggal pada jam 3 pagi.

Katanya, mangsa sebelum itu dipercayai cuba mempertaha­nkan beg tangannya daripada dilarikan penjenayah namun suspek yang dipercayai lebih dari dua orang bertindak agresif sebelum menikam mangsa lalu melarikan diri menaiki motosikal.

“Mangsa baru pulang dari kerja sebagai tukang masak dalam dalam perjalanan ke rumahnya di Ang Lok Yuan, dekat Yong Peng.

“Mangsa dipercayai rebah kira-kira 50 meter dari lokasi motornya terbalik.

“Turut ditemui di lokasi kejadian adalah tali beg tangan mangsa yang terputus,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Op Selamat 12/2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Abdul Wahib berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses bedah siasat.

Katanya, polis masih menyiasat kes meliputi pelbagai aspek mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tampil menghubung­i 019-2805037 atau 07-4363300.

 ??  ?? WANITA terbaring ditikam kumpulan penyamun.
WANITA terbaring ditikam kumpulan penyamun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia