Harian Metro

Dituduh masukkan dadah ‘Saya belum bersalah’

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro­cannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Ketika prosiding, pelakon yang popular dengan dialog Wa Kasi Sengat dalam filem KL Gangster berada di dalam kandang tertuduh berkata, ‘Saya mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n’. Sofi tiba di pekarangan mahkamah ditemani peguamnya, Datuk Haniff Hassan kira-kira jam 9.15 pagi sebelum dia dipanggil masuk ke dalam kandang tertuduh di Mahkamah Majistret 2, jam 10.05 pagi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunaka­n dadah jenis THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 11.15 malam, 6 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

 Sofi Jikan minta media lapor baik-baik saja

“Apa yang penting, saya belum disabitkan bersalah dan diharap pihak media lapor baik-baik saja,” kata pelakon Sofi Jikan ketika ditemui pemberita di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Terdahulu, Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro­cannabinol-9-carboxylic acid (THC), minggu lalu.

THC adalah kumpulan dadah jenis kanabis atau ganja.

Menurut pelakon yang popular dengan dialog Wa Kasi Sengat dalam filem KL Gangster itu, beliau enggan memberikan sebarang komen kerana khuatir akan tersalah cakap.

“Alhamdulil­lah...syukur, no komen...saya tak boleh bercakap apa-apa.. nanti salah cakap,” katanya selepas membayar ikat jamin.

Ketika ditanya sama ada tumpuan dalam kerjaya lakonan terjejas atau tidak, Sofi menjawab, ‘no komen.. saya perlu muhasabah diri dan bersyukur masih baik.. Alhamdulil­lah.’

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil ada menghubung­inya selepas kejadian itu, Sofi turut enggan mengulas.

“No komen. Saya tiada isu dengan sesiapa dan jika boleh saya mahu menjaga keselamata­n semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Sofi, Datuk Haniff Hassan berkata, beliau percaya dengan sistem perundanga­n di negara ini.

“Biarlah proses pengadilan berjalan dan kita yakin perbicaraa­n adil diberikan kepada beliau (Sofi),” katanya.

 ??  ?? SOFI Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.
SOFI Jikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Petaling Jaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia