Harian Metro

Sajat enggan ambil pusing

-

Kuala Lumpur: Usahawan yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamarruzam­an enggan mengambil pusing segala komen netizen yang mengecam penampilan­nya di Anugerah Juara Lagu ke-32 yang tular sejak Ahad lalu.

Sajat yang memuat naik beberapa video dan gambar di Instagram mengenakan gaun berwarna hijau rekaan Gie ketika menghadiri acara itu dikritik netizen hingga ada yang menyamakan­nya dengan langau.

“Saya sudah lihat gambar itu. Tak mengapalah kerana saya sudah lali dengan kecaman dan ejekan.

“Biarlah apa mereka nak katakan kerana masing-masing ada pendapat dan saya tidak boleh sekat imaginasi orang.

“Bagi saya, makin dilayan makin menjadi-jadi netizen sekarang ini. Jadi saya tidak mahu melayan dan biarkan mereka terus mengata. Saya tak marah pun ,” katanya.

Menurut Sajat, dia tidak pernah tertekan apabila dirinya terus menjadi mangsa kecaman netizen.

“Saya percaya apabila pakaian yang digayakan menjadi perhatian, maksudnya kehadiran saya disedari umum.

“Kecaman ini sedikitpun tidak melemahkan saya, malah memberi saya keyakinan untuk terus tampil bergaya dengan rekaan yang unik dan terkini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia