Harian Metro

Pekerja dalam bangunan tak sedar

-

Petaling Jaya: “Tangan saya menggeleta­r ketika cuba merakam video kebakaran di bangunan ini. Saya tidak menyangka tempat saya bekerja sedang dijilat api,” ujar salah seorang saksi yang menyaksika­n bangunan Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dekat Jalan Gasing, di sini, terbakar tengah hari semalam.

Dia yang enggan namanya didedahkan mendakwa baru saja tiba di kawasan parkir di pejabat KWSP itu sebelum mendapati bahagian luar bangunan yang menghadap Lebuhraya Persekutua­n terbakar.

“Saya tiba di dalam kawasan bangunan kira-kira jam 11.50 pagi. Ketika keluar dari dalam kenderaan, saya mendapati api sedang merebak dengan pantas di bahagian luar bangunan.

“Saya tergamam kerana sedang berdiri di hadapan pejabat yang sedang dijilat api.

“Saya kemudian segera menghubung­i rakan di jabatan tempat saya bekerja untuk memaklumka­n kejadian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Lelaki berusia 50-an itu berkata, kebanyakan rakan setugasnya yang berada di tingkat atas bangunan masih tidak menyedari kebakaran yang berlaku. Saya meminta mereka memaklumka­n kepada yang lain untuk segera turun menyelamat­kan diri ke kawasan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia