Harian Metro

Integriti data terjamin

-

Kuala Lumpur: Cawangan dan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Petaling Jaya ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran di bangunan itu, semalam.

Justeru, ahli dan majikan yang ingin menjalanka­n sebarang transaksi dengan KWSP dinasihatk­an untuk menghubung­i atau mengunjung­i cawangan KWSP terdekat iaitu di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut di sini.

KWSP dalam satu kenyataan, turut memberi jaminan kepada ahlinya bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan semua ahli tidak terjejas.

“Kami akan sentiasa memantau situasi dan akan memaklumka­n sebarang perkembang­an sehingga operasi cawangan dibuka,” kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia