Harian Metro

Galeri simpan cerita pengganas

-

Lahad Datu: Jadual khas mengandung­i strategi dan perancanga­n menyerang anggota keselamata­n.

Ia dipercayai dirancang anggota pengganas Sulu berdasarka­n pelbagai simbol pada buku menyerupai kitab lama ala Tajul Muluk yang ditemui di lokasi persembuny­ian mereka di Kampung Tanduo sebelum ditumpaska­n pasukan keselamata­n menerusi Op Daulat pada 5 Mac 2013.

Jadual khas itu antara pelbagai barangan milik pengganas dipamerkan dalam sebuah galeri diperbuat daripada pondok kecil di Pos Kampung Tanduo.

Berdasarka­n jadual khas itu, penceroboh dari selatan Filipina dipercayai membuat persiapan awal sebelum belayar ke Kampung Tanduo.

Penceroboh dipercayai membuat jadual khas memaparkan lima simbol baik atau mencapai kemenangan, kosong (tiada sebarang hasil), isi (memperoleh sesuatu), mayat (bermaksud ada anggotanya terbunuh) dan hidup (semua anggota selamat).

Dibina selepas tamat pertempura­n antara kumpulan pengganas dengan pasukan keselamata­n, galeri berkenaan menyimpan 23 peralatan dengan sebahagian­nya ditemui di Kampung Tanduo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia