Harian Metro

Meriah rai tiga perayaan

- Amran Yahya am@hmetro.com.my

 Wanita mualaf amal konsep 1Malaysia

Biarpun sudah bertukar agama, wanita mualaf dari daerah ini, Nur Hafizatun Nisa Sin Abdullah, 26, dan suami, Mohd Hafizie Ram li, 30, tetap meraikan Tahun Baru Cina bersama ahli keluarga dalam suasana meriah.

Bukan saja perayaan itu, malah wanita berkenaan turut meraikan Deepavali berikutan ibu bapanya berkahwin campur.

Nur Hafizatun berkata, mendiang bapanya berketurun­an Cina manakala ibunya, S Kannammah, 51, berketurun­an India dan memiliki lapan anak.

“Walaupun saya memeluk Islam pada 2014, mereka (ibu bapa) tidak pernah menghalang.

“Setiap kali tibanya Deepavali dan Tahun Baru Cina, saya akan pulang ke rumah untuk bertemu semua ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, dia tidak keseoranga­n kerana suami turut menemani dan meraikan perayaan bersama saudara-mara yang berketurun­an Cina dan India.

“Kami amalkan konsep 1Malaysia, malah tidak pernah timbul pertikaian agama mahupun bangsa.

“Sewaktu meraikan, saya akan menjaga batasan sebagai muslimah,” katanya ditemui di rumah ibunya di Rumah Rakyat Dangi, Johol.

Nur Hafizatun berkata, sempena Tahun Baru Cina pada Jumaat ini, semua ahli keluargany­a akan makan besar bersama di rumah ibu mereka.

“Sebelum majlis berlangsun­g, saya akan memasak makanan di rumah di kuarters Balai Polis Dangi. Ia kemudian dibawa ke rumah ibu untuk dinikmati bersama,” katanya.

Katanya, dia juga menonjolka­n akhlak yang baik ketika bersama keluarga bagi menunjukka­n keindahan Islam.

“Dengan cara itu saja saya dapat membuktika­n bahawa Islam agama yang sempurna.

“Alhamdulil­lah, ahli keluarga menerima saya seperti sediakala,” katanya.

Sementara itu Mohd Hafizie berkata, dia bersyukur kerana keluarga mentua dapat menerimany­a.

“Mereka menerima saya sebagai keluarga yang baru dan saya dapat meraikan tiga perayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia