Harian Metro

Diserang sakit jantung

-

Kuala Lumpur: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama 200 jemaah menunaikan solat sunat jenazah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati di sini, semalam.

Antara pemimpin yang hadir menziarahi jenazah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharom, Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab Aziz Kaprawi dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Abdul Manan, 70, meninggal dunia di kediamanny­a di Taman Melawati di sini, jam 6.45 petang kelmarin, dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarha­m yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak Julai 2010 pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari 1986 hingga 2004.

Beliau meninggalk­an isteri, Datin Seri Rohizah Ahmad dan enam anak.

 ??  ?? TENGKU Abdullah berbual dengan isteri Allahyarha­m, Rohizah ketika hadir menziarahi jenazah Abdul Manan (gambar kecil) di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.
TENGKU Abdullah berbual dengan isteri Allahyarha­m, Rohizah ketika hadir menziarahi jenazah Abdul Manan (gambar kecil) di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia