Harian Metro

Sempat penuhi selera arwah RM400,000 ganjaran

-

Kuala Lumpur: “Alhamdulil­lah, setiap makanan dimintanya sempat saya dan anak-anak carikan dan masak,” kata isteri Ahli Parlimen Paya Besar, Allahyarha­m Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Datin Seri Rohizah Ahmad, 65, tatkala mengenang saat akhir bersama suaminya.

Allahyarha­m yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sejak Julai 2010 pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari tahun 1986 hingga 2004.

Rohizah berkata, dia sempat memasakkan lauk asam pedas ikan pari untuk dijadikan hidangan makan tengah hari selepas diminta arwah, awal pagi kelmarin.

“Kemudian dia teringin pula nak makan pisang goreng, saya meminta anak lelaki saya, Mohd Hannan mencarinya.

“Dia makan dengan penuh berselera sehingga saya terpaksa menegurnya kerana makan terlalu banyak,” katanya.

Rohizah berkata, sejak kebelakang­an ini, Allahyarha­m sering mengadu kepenatan dan mengalami kesukaran untuk tidur.

“Dia memang amat komited dengan tugasnya, dia suka bekerja, sampai dia kerap berasa penat.

“Dia juga sangat baik, suka melayan cucunya bermain dan sentiasa melayan siapa saja dikenaliny­a.

“Petang semalam (kelmarin), saya menyangka dia pergi melihat cucunya bermain di luar kawasan rumah, tetapi hati saya tergerak masuk ke bilik.

“Apabila saya membuka

 SPRM iktiraf 267 penjawat awam beri maklumat gejala rasuah

lampu bilik, saya nampak dia terbaring di tepi katil, saya memegang badannya dan saya dapat rasa badannya sejuk. Ketika itu saya menyedari, suami saya sudah tiada,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama 200 jemaah menunaikan solat sunat jenazah Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail, di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati di sini, pagi semalam.

Solat sunat jenazah diketuai sendiri anak lelaki tunggal Allahyarha­m, Mohd Hannan.

Jenazah kemudian dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Klang Gate, Ulu Klang pada jam 11.30 pagi semalam. kepada SPRM.

“Bersahabat dengan SPRM dan terus membantu SPRM dalam membantera­s rasuah,” katanya ketika berucap melancarka­n kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (GEMPUR) di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, semalam.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz dan Timbalan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki.

GEMPUR adalah penjenamaa­n semula kepada kempen Perangi Pemberi Rasuah.

Slogan kempen baru itu iaitu Anda Hulur, Kami Lapor, bertujuan mendidik penjawat awam untuk menolak sebarang bentuk rasuah ketika bertugas.

 ?? Dzulkifli Ahmad ?? DZULKIFLI menampal pelekat kempen GEMPUR ketika pelancaran­nya di DBKL, semalam. SPRM tidak boleh bergerak sendirian, perjuangan memerangi rasuah memerlukan kerjasama semua pihak”
Dzulkifli Ahmad DZULKIFLI menampal pelekat kempen GEMPUR ketika pelancaran­nya di DBKL, semalam. SPRM tidak boleh bergerak sendirian, perjuangan memerangi rasuah memerlukan kerjasama semua pihak”
 ??  ?? ANAK perempuan, Rozeeta (kiri) kelihatan sedih ketika hadir menziarahi jenazah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.
ANAK perempuan, Rozeeta (kiri) kelihatan sedih ketika hadir menziarahi jenazah di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia