Harian Metro

Luar bandar tak dipinggir

- Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@ mediaprima.com.my

Kerajaan komited memastikan pembanguna­n kawasan luar bandar tidak dipinggirk­an ketika usaha membangunk­an bandar yang lestari menjadi tumpuan penting bagi membantu ke arah pertumbuha­n ekonomi negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua dasar kerajaan berkaitan pembanguna­n bandar dan rancangan wilayahnya akan dipastikan dapat membantu menyokong pertumbuha­n ekonomi di samping melindungi alam dan penggunaan tanah pertanian.

“Malaysia tidak akan meminggirk­an kawasan luar bandar walaupun tumpuan terarah kepada isu di bandar dan perbandara­n.

“Perhubunga­n di antara bandar dan luar bandar semakin rancak dan saling berhubung. Kawasan luar bandar menjadi tempat tumpuan penting seperti mana bersantai dan riadah semakin penting di bandar,” katanya dalam ucapan penutup Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-HABITAT) Datuk Maimunah Mohd Sharif.

WUF9 bertema Bandar 2030, Bandar Untuk Semua dihadiri 25,000 peserta membabitka­n 164 negara, berlangsun­g di KLCC selama tujuh hari berakhir hari ini.

WUF9 menzahirka­n komitmen menerusi Deklarasi Kuala Lumpur Untuk Bandar 2030 yang akan memastikan pelaksanaa­n Agenda Perbandara­n Baharu (NUA) bersifat tempatan dan dipertingk­atkan untuk mencapai Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG).

Ahmad Zahid berkata, Malaysia sudah mempunyai rancangan ekonominya dan pembanguna­n fizikal kebangsaan seperti rangka kerja pembanguna­n bandar yang menyokong pembanguna­n mampan, pertumbuha­n dan pengurusan bandar.

“Bagi melaksanak­an semua strategi dan program berkenaan, kami mengukuhka­n peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai barisan ketiga dalam pentadbira­n kerajaan.

“Dengan itu, mereka akan menjadi inovatif, berkesan dan mampu berkejasma dan berganding dengan masyarakat, sektor swasta termasuk organisasi dari luar negara,” katanya.

Beliau juga mengingatk­an orang muda tidak dipinggirk­an dalam program pembanguna­n bandar memandangk­an masa depan bandar bergantung kepada golongan terbabit.

“Mereka akan menjadi warga, pengurus dan pembuat dasar kepada masa depan bandar kita,” katanya.

 ?? FOTO: ?? NOH (kanan) menyerahka­n angka 10 kepada wakil tuan rumah Abu Dhabi, Falah Mohamed Al Ahbabi (kiri) sempena majlis penutup WUF9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.
FOTO: NOH (kanan) menyerahka­n angka 10 kepada wakil tuan rumah Abu Dhabi, Falah Mohamed Al Ahbabi (kiri) sempena majlis penutup WUF9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia