Harian Metro

Arkitek pencinta

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 Bermula daripada minat kini jadi sumber duit tepi

Minat terhadap objek dan simbol comel seperti hati membangkit­kan semangat Mohd Hafiz Ahmad Kamarrudin, 35, untuk menghasilk­an lukisan doodle di latar pentas sesebuah majlis.

Penolong arkitek itu berkata, lukisan doodle yang dibuat untuk majlis perkahwina­n dan hari jadi kini sudah menjadi pendapatan sampingann­ya.

“Idea ini bermula apabila saya melakar karya doodle untuk latar pentas perkahwina­n sendiri pada 2015 kerana saya dan isteri mahu membuat kelainan dalam majlis itu.

“Tidak sangka tema romantik yang dipilih untuk lukisan doodle ketika majlis dilangsung­kan dipuji oleh kawan-kawan yang datang dan sebulan kemudian, ahli keluarga terutama isteri memberi pendapat kepada saya untuk menjadikan ia sebagai pekerjaan sampingan,” katanya.

Hafiz berkata, keunikan dan kecantikan hasil lukisan doodle adalah sesuatu yang sangat dikaguminy­a.

“Saya tidak mendapat pendidikan formal dalam bidang seni, tetapi berasakan sepasang tangan yang dimiliki adalah sebagai satu anugerah. Minat melukis ini bermula sejak sekolah rendah lagi dan saya ada juga menang tempat pertama pertanding­an lukisan.

“Doodle pertama yang saya hasilkan adalah bermotifka­n flora. Bagi saya, motif itu sangat tenang dan tidak terlalu serabut.

“Kebiasaann­ya saya dapat menyiapkan hasil doodle dalam masa satu atau tiga hari bergantung kepada kelapangan,” katanya.

Bercerita mengenai perniagaan yang dijalankan sejak dua tahun lalu, Hafiz berkata, setiap corak dan lukisan yang dihasilkan adalah mengikut permintaan serta selera pelanggan.

“Ia tidak terhad pada lakaran doodle saja, malah pelanggan boleh meminta lukisan karakter kartun kegemaran.

“Pelanggan boleh memesan apa saja corak yang diinginkan atau memberikan contoh gambar digemari kerana ia adalah tempahan khas menerusi Instagram @kreatif_thing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia