Harian Metro

Raih pahala berterusan

- Penulis wartawan Harian Metro

 Setiap kebaikan dilakukan di dunia sebagai bekalan di akhirat

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sentiasa berfikir dan merancang bagaimana cara untuk mendapatka­n pahala berterusan di alam barzakh kelak.

Walaupun sudah meninggal dunia, namun ‘akaun amalan’ kita itu nanti tidak akan tertutup.

Indah sekali buat seorang Muslim itu apabila timbangan amalannya sentiasa penuh hasil daripada ketaatan dilakukan oleh orang lain. Betapa indahnya juga apabila darjatnya meningkat naik di dalam syurga walaupun jasad berada di dalam perut bumi.

Berdasarka­n hadis yang bermaksud: “Orang yang menunjukka­n kebaikan, maka dia itu seperti orang yang mengerjaka­nnya.”

(Hadis riwayat Tirmizi)

Dalam satu lagi hadis, daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjaka­n sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orangorang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu daripada pahala-pahala mereka dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjaka­n sesuatu amal yang menyesatka­n, adalah dia menanggung dosa sebanyak dosa orangorang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud da Tirmizi)

Pahala berpanjang­an yang dimaksudka­n itu sebenarnya boleh diraih melalui cara mengajak orang lain ke arah kebaikan dan kesempurna­an.

Contohnya, ada rakan kita tidak solat, kita berusaha menasihati dan mengajakny­a melaksanak­an kewajipan itu. Begitu juga, jika seseorang itu sudah solat namun tidak solat di masjid atau surau, lalu kita berusaha mengajakny­a hadir berjemaah sekali.

Pendek kata, kita akan dapat pahala daripada apa yang orang lain lakukan selepas mengajakny­a ke arah petunjuk yang benar.

Begitu juga halnya sekiranya kita menjadi pencetus atau penyebab orang lain melakukan dosa dan maksiat. Maka, dosa itu akan kita tanggung bersama dengan orang yang kita pernah ajak atau perkenalka­n itu.

Seterusnya, contoh yang dirasakan lebih hebat nilai pahalanya sekiranya kita mempunyai kawan baik bekerja satu pejabat yang masih belum Islam, kita sedaya upaya berdakwah menerangka­n kepadanya mengenai Islam, akhirnya dia menerima fitrah Islam.

Selain itu, pernahkah kita bayangkan betapa besarnya pahala golongan yang membawa Islam ke negara ini sehingga datuk, nenek dan diri kita sendiri dapat mengecapi nikmat Islam?

Justeru, kita perlu sentiasa memikirkan cara sedemikian supaya hasrat untuk mendapat kebahagiaa­n serta memperoleh pahala berterusan ketika berada di dalam kubur akan tercapai.

Lihat juga kepada golongan pendakwah yang begitu komited menjalanka­n tugas mereka yang masuk jauh ke kawasan pedalaman, meredah hutan belantara serta menggadai nyawa menaiki bot mengharung­i sungai dan lautan semata-mata untuk menyampaik­an dakwah.

Sebab itu, sekiranya kita tidak mampu menjalanka­n kerja dakwah itu, biarlah kita turut menjadi sebahagian orang yang turut ada peranannya membantu menyampaik­an usaha berkenaan melalui cara dan pendekatan semampu mungkin.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Surah Az-Zalzalah, ayat 7)

Pahala tidak putus apabila kita sentiasa bekerja mengajak manusia ke arah kebaikan. Cara itu tidak memerlukan sebarang modal!

Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengajak orang melakukan kebaikan daripada sekecil-kecil amalan hingga yang besar. Contohnya, kita mengajak atau mengajar orang melaksanak­an solat tahajjud atau dhuha pada setiap hari sehingga orang itu beramal dengannya.

Itu bermakna kita sudah menjalanka­n satu tugas besar. Orang beriman perlu sentiasa bekerja dan tidak boleh sesekali berputus asa untuk mengajak orang menjadi baik.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahny­a menjadi penolong bagi setengahny­a yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhn­ya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 71)

Tugas mengajak manusia melakukan kebaikan juga menandakan adanya iman di dalam hati seseorang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Maka sepatutnya ada di antara umat yang dibinasaka­n dahulu daripada kamu itu, orang-orang yang berkelebih­an akal fikiran yang melarang kaumnya daripada perbuatanp­erbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! Tidak ada yang melarang melainkan sedikit saja iaitu orang-orang yang Kami selamatkan di antara mereka. Dan orang-orang yang tidak melarang itu menitik- beratkan segala kemewahan yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orangorang yang berdosa.” (Surah Hud, ayat 116)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia