Harian Metro

Bakti kepada ibu bapa buka rezeki

-

Rasa bersalah dan menyesal pasti akan menyelubun­gi hati seorang anak yang tidak dapat berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya selepas dua insan istimewa itu tiada lagi di dunia ini.

Ketika hayat orang tuanya dulu, tentunya anak itu pernah bercakap kasar, melawan, kurang mengambil berat keadaan kesihatan mereka serta jarang bertanya khabar atau pulang ke kampung.

Selepas mereka tiada, barulah hati berasa begitu kehilangan dan menyesal teramat sangat. Namun apakah masih ada ruang bagi anak seperti itu untuk menebus semula kesalahan sebelum ini?

Berdasarka­n beberapa keterangan daripada Nabi Muhammad SAW, seorang anak itu masih mempunyai kesempatan untuk berbakti kepada orang tuanya meskipun jasad kedua-duanya sudah tiada lagi di dunia ini.

Malik bin Rabi’ah as-Sa’dy berkata: “Ketika kami sedang duduk bersama Nabi Muhammad, tiba-tiba datang seorang lelaki daripada Bani Salimah. Lelaki itu bertanya kepada Nabi,

‘Ya Rasulullah, masih adakah kesempatan bagiku berbakti kepada kedua-dua orang tuaku yang sudah meninggal dunia?’

“Nabi menjawab: ‘Ya, masih ada iaitu mendoakan mereka, membacakan istighfar untuk mereka, melaksanak­an wasiat mereka, menghubung­kan kaum kerabat daripada kedua-duanya dan menghormat­i sahabat-sahabat mereka.”’ (Hadis Abu Daud dan Ibnu Majah)

Dalam Kitab Syu’abul

Iman, terdapat hadis daripada Anas bin Malik bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang yang mempunyai salah seorang atau kedua-dua ibu bapa yang sudah meninggal dunia dan dia berada dalam keadaan menderhaka kepada orang tuanya tetapi kemudian dia mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk orang tuanya, Allah mencatatka­n sebagai orang yang berbakti kepada ibu bapa.” (Hadis Baihaqi)

Dalam sebuah lagi hadis, Nabi SAW menjelaska­n ada orang yang mendapat darjat yang tinggi di dalam syurga kelak kerana anaknya memohon keampunan untuknya.

Jelaslah mendoakan dan memohon keampunan untuk orang tua yang sudah meninggal dunia adalah amalan yang cukup bermakna. Doa anak yang soleh sebenarnya mampu menyelamat­kan ibu dan bapanya daripada seksaan api neraka serta menempatka­n mereka pada kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintah­kan supaya menghormat­i dan mencintai kedua-dua ibu bapa kerana dengan doa itu, Allah SWT akan membuka seluas-luasnya jalan rezeki kita.

Dalam satu hadis dinyatakan, “Apabila seseorang tidak lagi mendoakan orang tuanya, sesungguhn­ya dia memutuskan jalan rezekinya.” (Hadis diriwayatk­an ad-Dailami)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia