Harian Metro

Shinkansen pupuk budaya positif

- Penulis Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang

Seorang rakyat Malaysia yang menjadi antara kumpulan pertama pelajar yang dihantar ke Jepun di bawah Dasar Pandang ke Timur pada 1982 sangat teruja apabila Jepun membuat bidaan bagi projek kereta api berkelajua­n tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dengan menyatakan terdapat banyak nilai yang baik untuk dipelajari rakyat negara ini jika menerima pakai sistem Shinkansen.

Datuk Zulkifli Abd Malek, yang dikatakan sebagai pelajar Dasar Pandang ke Timur paling berjaya kerana beliau kini anggota lembaga pengarah kepada 10 syarikat multinasio­nal Jepun di Malaysia, berkata sebagai pencipta di peringkat dunia bagi sistem kereta api berkelajua­n tinggi atau bullet

train, Shinkansen jauh melangkaui bidang pengangkut­an, namun memupuk nilai-nilai warga Jepun mengenai ketepatan masa, keselamata­n, kecekapan operasi, ketekunan dan budaya kerja positif.

Menurut Zulkifli, sekiranya Shinkansen dilaksanak­an di Malaysia, beliau berpendapa­t ia akan melangkaui bidang pengangkut­an. Sudah pasti akan wujud banyak benda baru. Beliau terutama sekali menyukai perkara sifar cela mengenai rakyat Jepun. Ini sesuatu di mana Jepun akan memandang kita dengan menyatakan kita boleh lakukan dengan lebih baik.

Sifar cela adalah cara hidup mereka. Mereka sentiasa gemar memperbaik­i keadaan dan sentiasa meletakkan diri mereka dalam suatu keadaan dengan pengguna di peringkat akhir, ini sesuatu yang saya suka dan cara mereka berfikir.

Duta Besar Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa pula berkata Jepun akan melaksanak­an pakej holistik jika bidaan bagi projek infrastruk­tur terbesar di Asia Tenggara itu berjaya, termasuk pelan rancangan latihan kewangan dan sumber manusia bagi membolehka­n Malaysia dan Singapura melaksanak­an HSR dengan lebih efisien.

Zulkifli berkata dengan Shinkansen, banyak kebiasaan yang baik akan dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia dan beliau menyentuh mengenai begitu banyak manfaat dari segi disiplin dan tepat pada waktunya.

Budaya ini perlu diterima pakai oleh ribuan golongan muda Malaysia yang sudah mendapat manfaat daripada Dasar Pandang ke Timur dan memanfaatk­an negara secara keseluruha­n.

“Keadaan ini akan membina tabiat yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia, mereka akan menghormat­i masa. Mereka tahu jika mereka mahu menaiki Shinkansen, mereka mesti tiba tepat pada masanya, jadi ia memberi pengajaran kepada kita. Ini adalah sesuatu yang perlu kita pelajari dan dengan Jepun mengetuai projek HSR dan kita belajar daripada mereka dan kemudian kita laksanakan dan contohi apa yang diajar mereka...dengan cara ini kita boleh berubah.

“Apabila anda bercakap mengenai disiplin, cuba anda bayangkan hari ini jika anda menaiki kereta api kita di sini, anda mengikut jadual waktu, anda menunggu 10 minit (tetapi) kereta api tidak tiba, namun ia tidak berlaku dalam sistem kereta api Jepun. Mereka kata mahu bertolak pada jam 10.03 bermakna tepat jam 10.03 kereta api akan bertolak. Itulah betapa tepat masa mereka.,” katanya.

Dan dengan itu juga, rakyat Malaysia akan belajar bagaimana untuk beratur dengan betul apabila menaiki kereta api bukannya dengan cara menolak atau memotong barisan seperti yang biasanya dilihat di stesen-stesen LRT tempatan.

“Orang mungkin berfikir mengapa harus beratur. Sama seperti apabila kita pergi ke luar negara menaiki kapal terbang, kita akan berada di sana (lapangan terbang) dua jam sebelum berlepas kerana kita tahu jika tidak, kita akan tertinggal. Sudah pasti Shinkansen akan mengajar masyarakat kita menghormat­i waktu dan memastikan mereka ikut semua peraturan yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Beliau berkata sudah pasti ia akan menghasilk­an manfaat sampingan dalam bidang budaya dan ekonomi yang luar biasa daripada sistem Shinkansen, dengan menyebut daerah Muar di Johor - satu daripada stesen perhentian di sepanjang laluan HSR - sebagai satu contoh.

“Cuba bayangkan, tiba-tiba Muar menjadi sebuah tempat yang boleh berkembang dan saya suka mendengar mengenai mendapatka­n universiti seperti Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) di Melaka terbabit dalam projek ini,” katanya.

Dr Miyagawa berkata minggu lalu dua universiti dan Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor, akan menjadi pusat latihan bagi membangunk­an sumber manusia dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menjalanka­n sistem Shinkansen.

“Ia bermakna anda membangunk­an bukan saja bidang pendidikan, namun banyak lagi limpahan lain dan ia akan menjadi sangat menarik untuk dilihat,” katanya.

Zulkifli menjangka limpahan itu akan menjadi sama-sama menarik kepada perniagaan di Singapura.

Sementara Dr Miyazawa berpendapa­t, apabila Shinkansen dihidupkan, warga Singapura yang menjalanka­n perniagaan di Malaysia tidak perlu membuka pejabat di Kuala Lumpur atau Putrajaya, mereka boleh mula memikirkan membuka pejabat di Batu Pahat atau Muar di mana sewanya lebih murah. Keadaan itu akan menghasilk­an lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk Muar dan Batu Pahat yang tidak perlu meninggalk­an kampung untuk pergi ke tempat lain untuk bekerja.

Zulkifli juga berkata jika sistem Shinkansen memenangi bidaan HSR, ia adalah paling sesuai bagi rakyat Malaysia yang lulus dari universiti Jepun di bawah Dasar Pandang ke Timur menjadi sebahagian daripada pasukan untuk melaksanak­an projek itu.

HSR yang dianggarka­n bernilai sekitar RM50 bilion, akan menjadi rebutan pembida antarabang­sa pertengaha­n tahun ini dan tender yang berjaya akan diketahui menjelang akhir tahun.

Apabila beroperasi menjelang 2026, HSR akan mengurangk­an masa perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit berbanding empat hingga lima jam sekarang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia