Harian Metro

PENAMPILAN BERTENAGA STACY DIPUJI

-

Ratu tari kembali! Itu kata-kata yang selayaknya diberikan kepada penyanyi Ummu Shaikhah Stacy Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy ketika membuat persembaha­n pembukaan pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32), Ahad lalu.

Selepas dua tahun tidak muncul di pentas berprestij itu, Stacy, 28, tampil dengan sisi yang lebih segar dan saling tidak tumpah seperti pada awal kemunculan­nya pada AJL23.

Stacy yang menyanyika­n lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang tetap mencipta magis dan meletakkan dirinya di kelas tersendiri.

Rata-rata komen yang ditulis di laman sosial menyifatka­n hanya Stacy yang mampu memberikan persembaha­n bertenaga seperti itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia