Harian Metro

Pelengkap profil Wani

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Rancak siapkan rakaman

album sulung untuk peminat

setia

Meskipun sibuk melakukan persediaan menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun lalu penyanyi Wani Kayrie berjaya mencuri perhatian peminat dengan single keempat berjudul Aku Suka Kamu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Shazee Ishak.

Namun begitu, untuk kanvas karier nyanyian tahun ini,

Wani rancak menyiapkan rakaman album sulung.

Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah berharap impian untuk tampil dengan album penuh dapat direalisas­ikan. Selain memberikan kepuasan kepada dirinya, kewujudan album sekali gus melengkapk­an profilnya sebagai penyanyi.

“Setakat ini, saya sudah ada empat single dan akan muncul dengan single kelima tidak lama lagi.

“Insya-Allah, jika ada rezeki selepas melancarka­n single baru, album pula menyusul.

“Saya sangat teruja dan memang tidak sabar menanti saat itu. Bagaimanap­un, saya tetap teliti dan akan menghasilk­an album bagus buat peminat yang setia menyokong saya selama ini,” katanya.

Wani yang pernah popular dengan single Jangan Jangan pada 2015 mengakui bersyukur kerana tawaran persembaha­n tidak pernah putus.

“Alhamdulil­lah, boleh dikatakan setiap hujung minggu saya memenuhi undangan persembaha­n di luar ibu kota.

“Biarpun jarang dapat publisiti, tawaran persembaha­n tak pernah berkurang.

“Saya percaya rezeki tetap ada jika rajin berusaha. Apa yang pasti, saya takkan lepaskan peluang yang datang,” katanya.

Bercadang bekerjasam­a dengan komposer Ezra Kong untuk single terbaru, Wani berkata ia masih dalam proses perbincang­an.

Ujar anak sulung daripada tiga beradik ini, belajar daripada pengalaman, dia enggan bersikap terburubur­u.

Menurutnya, jika mahu hasilkan single dan album berkualiti, kenalah teliti dalam semua aspek yang pastinya proses itu mengambil masa.

 ?? FOTO: ?? Saya percaya rezeki tetap ada jika rajin berusaha. Apa yang pasti, saya takkan lepaskan peluang yang datang
FOTO: Saya percaya rezeki tetap ada jika rajin berusaha. Apa yang pasti, saya takkan lepaskan peluang yang datang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia