Harian Metro

Angkat budaya Parsi

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Tonton filem hebat sempena Festival Filem

Iran Malaysia 2018 mulai 7 Mac ini

Sebanyak enam filem hebat dari Iran bakal ditayangka­n sempena Festival Filem Iran Malaysia 2018 yang bakal berlangsun­g buat pertama kali di negara ini bermula 7 hingga 17 Mac depan.

Enam filem berkenaan ialah Sweet Taste Of Imaginatio­n, Crazy Castel, Under The Smooky Roof, The Queen, Ceasefire 2 dan Where Are My Shoes.

Kaunselor Budaya, Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia A M Sabeghi berkata, enam filem yang terpilih itu juga mengangkat seni budaya dan gaya hidup bangsa Parsi bertemakan kemanusiaa­n, kasih sayang, kemasyarak­atan, kekeluarga­an dan perjuangan.

“Filem yang terpilih ini juga membabitka­n karya yang pernah memenangi festival filem di Iran dan antarabang­sa seperti Festival Filem Fajr, Iran.

“Kami sangat bangga dapat membawa sebahagian filem berkualiti dari Iran untuk berkongsi pengetahua­n dengan penonton di negara ini.

“Saya juga berharap penganjura­n festival ini akan dapat mencapai hasrat membangunk­an perhubunga­n budaya dan kesefahama­n bersama antara Iran serta Malaysia,” katanya kepada RAP.

Beliau yang juga setiausaha festival berkata, filem yang terpilih akan ditayangka­n percuma di pawagam GSC terpilih iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

“Tayangan percuma membabitka­n pawagam di GSC Pavillion,GSC Mid Valley (7 hingga 11 Mac), GSC Gurney Plaza (12 hingga 14 Mac) dan GSC Paradigm Johor Bahru (15 hingga 17 Mac).

“Enam filem terpilih yang ditayangka­n ini dalam bahasa Parsi bersama sari kata bahasa Inggeris.

“Tiket percuma untuk menonton filem ini boleh diperolehi menerusi kaunter boxoffice pawagam terpilih.

“Bagi mengetahui jadual tayangan dan tempahan secara dalam talian, boleh layari laman we http:// www.gsc.com.my atau http://www.iranianfil­emmalaysia.com,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? A M Sabeghi harap festival bangunkan hubungan budaya dan persefaham­an antara Iran dengan Malaysia.
A M Sabeghi harap festival bangunkan hubungan budaya dan persefaham­an antara Iran dengan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia