Harian Metro

RAKAM DETIK SENTUH EMOSI

-

Gabungan dua elemen iaitu visual kilat sabungmeny­abung dan kehadiran kakitangan pembersiha­n yang gigih membersihk­an sisa runtuhan tanah ketika hujan lebat menjadikan gambar ini sangat menarik.

Gambar yang terhasil menerusi sentuhan kreatif jurufoto The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Syarafiq Abd

Samad yang merakamkan ‘peristiwa’ berkenaan ketika membuat liputan kejadian tanah runtuh di Putra Height, Subang Jaya, Selangor pada 2013.

Penulis sendiri terpegun melihat gambar itu ketika mengunjung­i Pameran A Tribute To Life di Galeri Media Prima, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pameran yang berlangsun­g dari 5

Februari hingga 9 Mac itu mempamerka­n 80 gambar terbaik daripada lebih 35 jurufoto NSTP.

Syarafiq berkata, dia merakam gambar itu secara spontan dan melakukann­ya lebih 10 kali hingga mendapat sudut terbaik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia