Harian Metro

Jujur, telus, gemar merendahka­n diri

-

Beliau seorang yang optimis dengan peluang kerana pengalaman berada di destinasi yang digelar ‘negara paling bahagia di dunia’ itu dibukukan menerusi penulisann­ya bertajuk Cerita Laman Kehidupan Dari Copenhagen. Ia ditulis selepas beliau kembali ke tanah air.

Buku itu antara lain dilihat boleh mengubah persepsi ramai terhadap Denmark. Mungkin juga akan menjadi ‘wish list’ kepada mereka yang ingin melanjutka­n pengajian atau melancong ke negara berkenaan.

Dr Shureen Faris berkata, buku itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu pendahulua­n, akses, ruang hijau, elemen bandar dan festival tahunan.

“Bahagian pendahulua­n menceritak­an berkenaan masyarakat negara Skandinavi­a itu yang disifatkan sebagai sangat jujur, telus dan tidak mempamerka­n kelebihan diri selain lebih gemar merendahka­n diri.

“Masyarakat­nya sangat menepati masa di dalam apa jua keadaan dan kesamarata­an taraf sosial menjadi keutamaan. Ini antara sifat baik yang boleh dicontohi,” katanya kepada Nuansa.

Menurutnya, bahagian akses pula menceritak­an berkenaan budaya berbasikal di Copenhagen yang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat di bandar berkenaan.

“Penduduk di Copenhagen akan berbasikal sama ada pada hari panas, hujan dan bersalji untuk ke tempat kerja, sekolah atau aktiviti sosial.

“Copenhagen adalah bandar pertama di dunia dikenali sebagai bandar berbasikal dan penggunaan­nya sebagai usaha negara itu mengurangk­an pembebasan karbon dioksida daripada kenderaan,” katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata, masyarakat Copenhagen juga sangat menitikber­atkan ruang hijau atau taman untuk aktiviti pembelajar­an kanak-kanak, bersosial dan bersukan.

Menurutnya, ia dapat dilihat melalui pembinaan banyak taman yang menonjolka­n ciri kehijauan di Copenhagen seperti Taman Raja Rosenborg, Taman Romantik Frederiksb­erg, Taman Baroque Fredensbor­g, Taman Botani, Taman Sensori Faelledpar­ken dan taman konsep Inggeris di Hospital Bispebjerg.

Paparan seterusnya adalah elemen bandar yang mengetenga­hkan tarikan di Copenhagen

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia