Harian Metro

Anggun cara Robaeha

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Pertama kali bertemu wanita ini ketika pelancaran produk kosmetik di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Kecil molek, tutur katanya sopan, senyum tidak lekang dan gaya fesyen menawan. Robaeha Ramza Ramli, 30, antara ribuan wanita yang nampak anggun dengan caranya tersendiri.

Sekalipun bergelar jurumekap artis, Robaeha lebih sukakan gaya solekan ringkas. Percaya atau tidak, sekalipun wanita ini nampak muda remaja, Robaeha sebenarnya sudah berkahwin dan memiliki anak.

Ternyata bukan semua wanita mudah berpuas hati dengan rupa dan penampilan diri selepas mempunyai anak. Malah, pandangan sedemikian sebenarnya tidak boleh disamakan buat semua wanita. Apatah lagi mereka yang berkecimpu­ng dalam dunia kecantikan.

Sekalipun pertemuan kedua diatur sempurna ketika penggambar­an di studio Jalan Riong, Kuala Lumpur, ketika itu waktu tidak mengizinka­n Hati untuk mengorek amalan dan petua kecantikan diamalkan Robaeha.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia