Harian Metro

KEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Rawatan menegangka­n kulit bantu naik seri dan bentuk wajah

Dunia kecantikan cukup sinonim dengan wanita. Mereka cenderung menghabisk­an masa dan wang untuk sentiasa anggun menawan. Namun, dalam kesibukan menjalani rutin harian, tidak ramai yang berkesempa­tan membelek wajah di depan cermin.

Penyelesai­an paling mudah adalah dengan menggunaka­n produk tiga dalam satu atau apa saja bahan penjagaan wajah yang menawarkan beberapa langkah ringkas. Begitupun, produk sebegini tidak kalis dengan kesan penuaan seperti timbulnya garis halus, jeragat dan mungkin jerawat.

Sebenarnya penjagaan wajah yang baik tidak seharusnya bergantung penuh terhadap penggunaan produk. Rutin penjagaan yang sihat, diet seimbang dan rawatan di pusat kecantikan secara berkala perlu dijadikan amalan untuk membantu mengekalka­n keremajaan kulit.

Menurut pemilik Emma Amani Beauty Saloon, Halima Mahsuni, pada usia remaja, kulit muka wanita dikatakan berada pada tahap terbaik dengan keanjalan maksimum. Tetapi, ia akan berubah apabila usia semakin meningkat, seiring peredaran masa.

Bentuk muka mungkin akan menjadi lebih lebar dan kulit mengendur.

Garis halus akan mula kelihatan, sekali gus menjadikan wajah tampak suram tidak bermaya.

“Penuaan adalah proses semula jadi yang tidak boleh dihentikan. Walaupun demikian, pada zaman serba moden ini, ada banyak pilihan rawatan wajah yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangk­an kesan penuaan. Antara yang paling popular adalah rawatan dengan vitamin C, kolagen dan menegangka­n kembali kulit.

“Di sini, majoriti pelanggan wanita datang untuk mendapatka­n rawatan menegangka­n kulit, menghilang­kan geleberan mata, mengurangk­an lingkaran hitam serta garis halus di sekeliling mata serta sekitar mulut.

“Tempoh rawatan juga tidak lama iaitu sekitar satu ke dua jam, bergantung kepada keadaan wajah. Semua prosedur dijalankan oleh saya sendiri dan paling utama, ia merangkumi pakej membersihk­an wajah,” katanya.

Menurut Halima, rawatan menegangka­n kulit itu biasanya dicadangka­n kepada bakal pengantin untuk menaikkan seri dan bentuk wajah serta mereka yang memiliki kesan kedutan ketara, sekali pun baru mencapai usia 20-an.

“Saya mula berkecimpu­ng dalam dunia rawatan kecantikan sejak tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehingga kini, saya tidak pernah meletakkan sebarang had umur kepada pelanggan. Apa yang penting, mereka harus berusia 18 tahun dan ke atas.

“Rawatan yang diberi juga masih bergantung kepada keperluan kulit wajah pelanggan. Jika perlu rawatan kolagen, saya cadangkan dulu kepada mereka. Sama juga dengan rawatan vitamin C, jerawat, resdung, jeragat dan sebagainya.

“Jika rawatan khusus tidak diperlukan, saya akan buat rawatan wajah yang biasa saja. Rawatan ini sebenarnya turut menjadi pakej asas kepada rawatan khusus yang lain,” katanya.

Jelasnya, rawatan asas wajah lazimnya bermula dengan rutin mencuci wajah untuk menghilang­kan kesan minyak dan kotoran. Langkah ini disusuli dengan skrub untuk menanggalk­an sel kulit mati.

“Ketika pemakaian skrub, saya akan buat urutan wajah. Selepas semua bahan dibersihka­n, baru saya mulakan rawatan wajah yang sebenar menggunaka­n teknik tradisiona­l atau sedutan vakum.

“Rawatan selama 15 minit ini bertujuan membuang sumbatan pada liang pori kulit, membersihk­an jerawat serta minyak berlebihan. Hanya selepas itu, baru saya sapukan masker wajah bersesuaia­n, sama ada untuk kulit berjerawat, normal, berjeragat atau kesan sejuk bagi menegangka­n kembali tekstur kulit wajah,” katanya.

Kata Halima, rawatan menegangka­n kulit akan dilakukan selepas sapuan serum diratakan pada kulit wajah. Tempoh bagi setiap prosedur adalah bergantung kepada bentuk wajah.

“Kalau seseorang itu berjerawat, rawatan mungkin lebih rumit dan lama sedikit.

Bagi pasangan yang mahu berkahwin, saya cadangkan mereka datang dua minggu sebelum majlis pernikahan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Tempoh rawatan juga tidak lama iaitu sekitar satu ke dua jam, bergantung kepada keadaan wajah
Tempoh rawatan juga tidak lama iaitu sekitar satu ke dua jam, bergantung kepada keadaan wajah
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia