Harian Metro

EKSTRAK SAKURA LINDUNGI KULIT

-

Bunga sakura yang berkembang mekar bukan saja menandakan kehadiran musim bunga, ia juga dianggap simbol tuah dan sering dikaitkan dengan kejelitaan dan keremajaan sejak zaman dahulu.

Sakura adalah daripada keluarga bunga ros (Rosaceae). Jika di Barat, bunga mawar mewakili kejelitaan, namun di Timur bunga sakura dikaitkan dengan simbol berkenaan.

Pada musim bunga ini, jadilah sang jelita anggun dari Timur dengan rangkaian krim mandian dan sabun antibakter­ia Antabax White Gentle Care.

Diperkayak­an dengan ekstrak sakura, rangkaian cucian dan penjagaan badan ini melindungi kulit daripada kuman tanpa menghakis minyak semula jadinya dan pada masa sama melembap– kan untuk menjadikan­nya tampak lebih segar.

Dengan penjagaan antibakter­ia 24 jam, sistem perlindung­an derma Antabax dan serum lembapan mikro yang mengandung­i vitamin kulit untuk pelembapan menjadikan kulit anda lembut dan licin serta dilindungi daripada 99.9 peratus kuman bagi setiap mandian.

Ekstrak sakura sekian lama digunakan untuk kosmetik dan penjagaan kulit, malah kajian moden turut membuktika­n bahan ini mempunyai fungsi pelembap, antipenuaa­n, mencerahka­n kulit dan antiradang yang melegakan kulit.

Kajian juga menunjukka­n ekstrak sakura membantu melindungi kulit daripada kerosakan jangka panjang, mencegah kekusaman dan penuaan sebelum usia. Bahan ini kaya dengan asid lemak yang menggalakk­an pembentuka­n kulit yang lembut dan anjal, selain kebaikan tambahan iaitu mencerahka­n pigmentasi tidak sekata.

Ujian dermatolog­i membuktika­n bahan ini lembut terhadap kulit kesan ramuan yang ditambah dengan pati serta bahan istimewa termasuk ciri antioksida­n vitamin C dan E, selain kesan penyegaran yang terkandung dalam vitamin B penting (B3, B5

dan B6).

Produk Antabax disahkan halal, memberikan umat Islam keyakinan penuh untuk menggunaka­nnya. Rangkaian krim mandian Antabax Gentle Care Shower Cream dijual pada harga RM6.30 untuk 250 mililiter (ml), RM16.90 untuk 975ml, RM9.90 (550ml), RM4.90 untuk sepaket sabun buku 85 gram (g) dan RM6.40 bagi sepaket sabun buku 120g.

Jadilah sebahagian daripada komuniti Antabax dan untuk mendapatka­n panduan kebersihan terbaik bagi kehidupan yang lebih sihat serta penuh keyakinan, sila tekan butang ‘Like’ Antabax di www.facebook. com/NewAntabax

 ??  ?? PEMBERSIH kulit dengan ekstrak sakura memberi kesan kelembapan.
PEMBERSIH kulit dengan ekstrak sakura memberi kesan kelembapan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia