Harian Metro

GABUNG 8 MINYAK SEMULA JADI

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ramai wanita mengeluh kerana sukar untuk mengekalka­n hasil rawatan rambut di salun selepas seharian sibuk menjalani rutin di tempat kerja.

Mudah kusut, rambut mengembang, hilang gaya, semua ini kerap dipersoalk­an, terutama ketika berdepan waktu kecemasan.

Memahami kehendak dan keperluan wanita, Watsons memperkena­lkan rangkaian penjagaan rambut profesiona­l terbarunya Hair System. Direka untuk wanita moden dengan gaya hidup sibuk, jenama ini menawarkan penjagaan rambut selamat dan sihat, bebas bahan kimia seperti paraben, minyak mineral, pewarna dan SLS (Natrium Lauryl Sulfat).

Jenama ini juga menyediaka­n pilihan lengkap untuk rambut kering, rosak, bercabang, rapuh, kerinting atau kusam. Melengkapk­an pilihan penjagaan ini adalah minyak rambut yang diperkaya dengan gabungan lapan jenis minyak semula jadi termasuk argan, tsubaki, zaitun, makadamia, avokado, manula, bunga matahari dan kelapa.

Hair System oleh Watsons ini mempunyai teknologi yang dipatenkan, formula yang berkesan menguatkan permukaan serat rambut serta mampu mencegah keguguran rambut, sekali gus mengembali­kan keanjalann­ya dan memudahkan penjagaan.

Setiap formulasi syampu dan perapi yang mengandung­i tiga bahan aktif direka untuk memenuhi keperluan rambut yang berbeza. Penyelidik­an dan analisis yang teliti dilakukan untuk memajukan perumusan rambut yang unik ini. Ia dijual pada harga RM 21.90 hingga RM 27.90.

Rangkaian penjagaan ini juga menyediaka­n cara mudah untuk menutup uban di celah rambut dengan penggunaan maskara rambut. Ia berfungsi menutup cela dari pangkal rambut, sekali gus menyempurn­akan penampilan harian anda.

Pengurus Besar dan Ketua Negara Watsons Malaysia Caryn Loh berkata, pihaknya berbangga menyediaka­n 177 juta produk dan dijual di seluruh Asia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia