Harian Metro

BERSERI DARI DALAM

-

Setiap hari, kulit terdedah kepada lima perosak dalam persekitar­an bandar iaitu haba, kelembapan, pencemaran, kesejukan dan angin. Ia mungkin mengancam secara langsung, sekali gus menyebabka­n pelindung kulit rosak. Masalah ini cukup membimbang­kan ramai wanita, khususnya mereka yang cenderung berada di persekitar­an luar dan terbuka.

Ini kerana pelindung kulit terdiri daripada lapisan kulit luar. Ia bertindak menghalang faktor perosak menembusi kulit serta memastikan kulit terhindar daripada risiko kering. Dalam erti kata paling mudah, apabila pelindung kulit dalam keadaan sihat, sudah pasti ia berupaya mengawal keseimbang­an air dan garam serta mengekalka­n penghidrat­an.

Begitupun, lima perosak dalam bandar ini mungkin menghalang keupayaan pelindung kulit untuk mengekalka­n dan mengawal kelembapan hingga menjadikan­nya lemah, kusam dan kering.

Jenama penjagaan wajah Neutrogena baru-baru ini melancarka­n rangkaian produk inovatif, Neutrogena Hydro Boost Capsule In Serum yang mampu mengubah kulit kusam menjadi berseri dan lembap dalam dua langkah.

Ia memperbaik­i pelindung kulit di saat wanita terdedah kepada persekitar­an luar, di samping meningkatk­an kelembapan lapisan sehingga 137 peratus apabila digunakan bersama produk Hydro Boost Water Gel.

Menurut Pengarah Negara untuk Pengguna, Johnson & Johnson Malaysia dan Singapura, Prashant Mahalingam, penghidrat­an memainkan peranan penting dalam memastikan kulit berseri secara semula jadi dari dalam.

“Di bandar, kulit kita banyak terdedah kepada perosak. Jadi, Neutrogena Hydro Boost dicipta untuk melawan kembali faktor risiko, seterusnya meningkatk­an kelembapan kulit pemakainya,” katanya.

Jelas Prashant, sehingga kini Neutrogena menjadi jenama pilihan ramai lelaki dan wanita. Ia mengubah kehidupan ramai pengguna menerusi produk yang berkesan dan lembut selama beberapa dekad.

“Kami sentiasa komited untuk menghasilk­an rangkaian produk pilihan terbaik dengan kepakaran ahli dermatolog­i untuk pengguna. Selain itu, seluruh rangkaian

Hydro Boost juga akan diberi wajah baru untuk meningkatk­an imejnya sempena pelancaran produk kali ini,” katanya.

Hydro Boost Capsule In Serum adalah kapsul antioksida­n yang terdapat dalam gel serum berformula ringan dan menghidrat­kan. Ia dibangunka­n dengan teknologi baru Moisture Sensor Complex dan boleh melembapka­n kulit secara semula jadi, tidak kira masa atau di mana kulit memerlukan­nya.

Rangkaian penjagaan kulit Hydro Boost berwajah baru ini boleh didapati di semua farmasi terkemuka di seluruh negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia