Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV3, 10 malam MELANKOLIA

Suhana dan Puan Anita datang ke pejabat Borhan. Suhana masih tidak tahu perancanga­n ibunya untuk memperkena­lkan dia dengan calon suami. Namun lelaki yang hendak dijadikan calon suami Suhana menarik diri pada saat akhir.

Wang yang diberi Suhana tidak digunakan Syakira untuk membayar yuran tetapi dibelanjak­an ke arah berhibur dengan rakan kolej.

Suhana mudah mesra dengan pelanggan dan sering menguntum senyuman.

Tuan Hamid mula menyukai Suhana manakala Zain keliru senyuman Suhana ditujukan kepada siapa. Tuan Hamid yang mula jatuh hati pulang dengan senyuman bangga.

Hari-hari seterusnya, Tuan Hamid rasa bertenaga dan hidup. Dia kelihatan berbeza baik pakaian mahupun sikap. Dia juga kerap senyum dan bertegur sapa dengan Mak Jah serta Pak Abu.

Tuan Hamid mengambil kunci keretanya dan memandu sendiri walaupun sebelum ini Zain yang selalu memandu untuknya.

Pelakon: Nonny Nadirah, Aliff Aziz dan Datuk Seri Eizlan Yusof.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia