Harian Metro

Buat apa saja untuk tawan hati isteri

-

Orang kata sayangkan isteri, mewahkan dengan kasih sayang. Tapi, SS dengar pelakon lelaki yang seorang ini tunjukkan sayang kepada isterinya dengan harta benda.

Pantang apa saja kesukaan isterinya, mesti ditunaikan dengan harapan kasih isteri tersayang tak berkurang.

Nak dijadikan cerita, SS dengar pelakon lelaki ini sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit demi mencantikk­an ruang dapur di rumahnya mengikut cita rasa isteri tercinta.

Bukan hanya dapur, ruang tamu, bilik tidur dan boleh dikatakan satu rumah dibuat ubah suai mengikut kesukaan isterinya.

Itu belum lagi beli perabot, pakaian berjenama dan pendek kata apa saja yang diminta isteri pasti ditunaikan.

Bagaimanap­un, SS yang mendengar cerita disampaika­n seorang rakan itu hanya mendoakan yang baik buat pasangan berkenaan. Semoga rumah tangga dibina berkekalan.

Ini kerana rakan SS yang menyampaik­an cerita itu turut memberitah­u pelakon lelaki berkenaan berhadapan masalah rumah tangga.

Sehebat mana masalahnya tidak pula dicerita terperinci. Cuma kata rakan SS pelakon lelaki itu kini bersungguh­sungguh menawan hati isterinya dalam apa saja cara.

Bagi SS, tiada masalah yang tidak boleh diselesaik­an. Bawa berbincang dan masingmasi­ng, jangan ikut emosi dan kata hati yang negatif.

SS: Langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia