Harian Metro

Penggunaan cecah 70%

- Suhaila Shahrul Annuar news@nstp.com.my

Kadar penembusan selular mudah alih di Malaysia mencapai 131.8 peratus sehingga suku ketiga tahun lalu, sekali gus merancakka­n industri perkhidmat­an teknologi itu di negara ini.

Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Tan Sri Dr Halim Shafie berkata, bagi tempoh itu juga, kadar penembusan telefon pintar mencapai 70 peratus dalam kalangan 32 juta rakyat Malaysia.

“Selain itu, kadar penembusan jalur lebar semasa adalah 84.5 peratus serta memenuhi permintaan yang diperlukan bagi semua peranti yang menggunaka­n perkhidmat­an berkenaan.

“SKMM sentiasa berusaha untuk mewujudkan perkhidmat­an terbaik kepada

rakyat justeru usaha ke arah sentiasa dipertingk­atkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ahli Suruhanjay­a SKMM Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek sempena Ekspo FinTech Malaysia 2018 di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Usahawan Dinamik Datuk Rosman Ibrahim.

Ekspo FinTech Malaysia 2018 anjuran Persatuan Usahawan Dinamik dijangka mengumpulk­an lebih 50 pempamer tempatan dan antarabang­sa yang bakal mempamerka­n rangkaian, produk dan perkhidmat­an teknologi kewangan (FinTech).

Ekspo yang julung kali diadakan itu akan berlangsun­g selama dua hari pada 5 dan 6 Mac depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan pelbagai pengisian termasuk pameran, forum dan sesi perkongsia­n daripada penggiat industri.

Akhbar BH dan New Straits Times (NST) adalah rakan media ekspo berkenaan.

Selain itu, turut diadakan Majlis Anugerah FinTech Malaysia 2018 bagi mengiktira­f pencapaian syarikat teknologi kewangan di Malaysia yang berterusan menyediaka­n perkhidmat­an paling inovatif dan terkini kepada pelanggann­ya.

Antara kategori yang dipertandi­ngkan untuk majlis penganuger­ahan itu adalah Personalit­i FinTech Terbaik, Syarikat FinTech Baru Terbaik, Inovasi FinTech Terbaik, Aplikasi Perbankan Terkenal selain anugerah utama iaitu Syarikat FinTech Terbaik.

Dalam pada itu, Halim berkata, SKMM berpandang­an bahawa segmen e-pembayaran akan menjadi salah satu faktor utama dalam memastikan visi Malaysia untuk ke arah matlamat membentuk Ekonomi Digital dapat dizahirkan dengan jaya.

“Berdasarka­n maklumat dari Bank Negara Malaysia (BNM) jumlah urus niaga perbankan Internet untuk individu meningkat lebih tiga kali ganda daripada 141.3 juta transaksi pada 2011 kepada 435.4 juta transaksi pada 2016.

“Pertumbuha­n positif ini boleh dikaitkan dengan rangka kerja membabitka­n insentif harga dan pasaran yang dilaksanak­an BNM serta hasil program berterusan yang dijalankan oleh BNM dan industri perbankan untuk meningkatk­an keyakinan terhadap penggunaan perbankan Internet,” katanya.

 ??  ?? DR Fadhlullah
(kiri) ketika majlis pelancaran
FinTech Expo 2018 di Cyberjaya.
DR Fadhlullah (kiri) ketika majlis pelancaran FinTech Expo 2018 di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia