Harian Metro

Jahit guna dua kaki

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali sitinor@hmetro.com.my

 Lelaki OKU tanpa kedua-dua tangan cekap bikin pakaian untuk sara keluarga

Tanpa kedua-dua tangan dan hanya menggunaka­n kaki, bapa kepada tiga anak ini begitu cekap menjahit pakaian pelanggan serta memandu kereta.

Walaupun tergolong sebagai orang kurang upaya (OKU), Rahim Yusoff, 51, yang lebih dikenali sebagai Poksu Mie yang tinggal di Pulai Chondong berdikari untuk menyara kehidupann­ya sekeluarga.

Dia yang tiada kedua-dua tangan separas bahu sejak lahir berkata, kekurangan dimiliki tidak menjadi penghalang kepadanya untuk berjaya seperti insan normal lain.

Kekurangan itu dianggap keistimewa­an untuknya berusaha menjadi tukang jahit bagi menyara isteri, Noraishah Hamzah, 44, yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah dan tiga anak yang normal berusia antara empat hingga 14 tahun.

“Saya mula menjahit selepas menamatkan pengajian di Pusat Pemulihan OKU, Cheras, Kuala Lumpur 30 tahun lalu dan mengambil tempahan baju Melayu, baju wanita serta menjahit seluar jean.

“Saya mampu menghasilk­an sepasang baju Melayu dalam masa sehari dengan upah RM90, selain menjahit jubah wanita dan menjahit seluar jean serendah RM5.

“Menerusi kerja ini, saya memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM15 sehari dan mampu menyara keluarga.

” Selain itu, saya dan isteri masing-masing mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 seorang,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pulai Chondong.

Menurutnya, dia gemar melakukan kerja sendiri termasuk memandu kereta kerana tidak mahu menyusahka­n orang lain dan mahu membuktika­n OKU juga mampu mencari rezeki untuk keluarga.

“Isteri saya hanya mampu mengesot dan jika keluar, dia menggunaka­n kerusi roda untuk bergerak,” katanya. Tanah Merah: “Bantulah anak kami yang berusia setahun bagi membolehka­n dia mendapat rawatan segera di China.”

Itu luahan Noorinie Stofaribu mengenai anaknya, Muhammad Fakhri Hakim Mohd Fazil, yang menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi.

Noorinie, 31, dan suami, Mohd Fazil Othman, 34, dari Kampung Batu 11 kini buntu untuk mendapatka­n dana berjumlah RM250,000 bagi menampung kos rawatan pemindahan hati anaknya. Pada masa sama, rawatan itu perlu disegeraka­n kerana tahap kesihatan anak bongsu daripada dua beradik itu semakin membimbang­kan.

“Setakat ini, wang berjaya dikumpulka­n hasil sumbangan orang ramai kira-kira RM50,000 dan ia masih jauh daripada mencukupi berbanding jumlah yang diperlukan.

“Jadi, kami mengharapk­an simpati orang ramai untuk terus menghulurk­an

 ??  ?? RAHIM membaiki mesin dan memasang benang pada mesin dengan menggunaka­n kaki. Gambar kecil, Rahim menunjukka­n sijil kecekapan ketukangan menjahit.
RAHIM membaiki mesin dan memasang benang pada mesin dengan menggunaka­n kaki. Gambar kecil, Rahim menunjukka­n sijil kecekapan ketukangan menjahit.
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Fakhri Hakim menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi memerlukan
dana RM250,000.
MUHAMMAD Fakhri Hakim menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi memerlukan dana RM250,000.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia