Harian Metro

Tetapi...

-

pada 1990 kepada 1.7 peratus pada 2012 dan 0.42 peratus pada 2016.

“Bagaimanap­un, akhir-akhir ini wujud pola yang membimbang­kan misalnya di Johor apabila ada peningkata­n kadar kelahiran tidak selamat yang berkaitan dengan advokasi

atau yang digerakkan oleh individu atau kumpulan dikenali sebagai ‘doula’ atau peneman kelahiran.

“Sepanjang tahun lalu, di Johor ada 58 kes yang didaftar sebagai kelahiran tidak selamat dengan lima daripadany­a kelahiran di rumah yang berkaitan dengan doula.

“Lebih membimbang­kan, dua daripada kes itu kes berisiko tinggi yang memerlukan kelahiran di hospital, namun memilih untuk bersalin di rumah selepas dihasut pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, sebagai perbanding­an, terdapat 35 kelahiran tidak selamat di Johor pada 2016 dan tiada kes berkaitan dengan doula yang dilaporkan.

Menurutnya, berdasarka­n statistik Bahagian Pembanguna­n Kesihatan Keluarga, Kementeria­n Kesihatan mencatatka­n kes kematian ibu dan anak akibat kelahiran tidak selamat berkaitan dengan doula iaitu dua kematian ibu pada 2013 serta dua kematian bayi pada 2016 dan 2018.

Mengulas lanjut, beliau berkata, undang-undang mengawal selia amalan perbidanan, Akta Bidan 1966 (Akta 436) menyatakan iaitu selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan terlatih dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia saja yang boleh mengendali­kan kelahiran.

“Subseksyen 14(1), Akta 436 memperuntu­kkan mana-mana individu yang mengamalka­n amalan perbidanan tanpa pendaftara­n mengikut akta itu melakukan kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-dua jika disabitkan kesalahan.

“Namun, peruntukan kesalahan mengikut Akta 436 itu tidak mempunyai peruntukan penguatkua­saan dan biasanya ia dikuatkuas­akan oleh polis.

“Dalam hal ini, kerjasama polis untuk menjalanka­n siasatan terperinci serta mengambil keterangan semua pihak diperlukan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, pihaknya sudah mempertimb­angkan tindakan undang-undang melalui Akta Bidan 1966, namun sering kali doula mendakwa mereka tidak terbabit secara aktif dalam proses kelahiran seperti yang ditakrifka­n dalam akta, sebaliknya hanya memberikan sokongan moral dan motivasi.

Bagaimanap­un, katanya, jika berlaku komplikasi dan kematian, waris atau wanita yang melahirkan itu sendiri boleh mempertimb­angkan tuntutan sivil di mahkamah terhadap doula jika terdapat bukti komplikasi atau kematian akibat tindakan atau kelakuan doula terbabit.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia