Harian Metro

Lelaki dera bayi didakwa hari ini

-

Taiping: Lelaki yang dipercayai mendera hingga menyebabka­n kematian bayi perempuann­ya berusia enam bulan pada 5 Februari lalu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, polis sudah melengkapk­an siasatan dengan mengambil kira pelbagai aspek berhubung kes itu.

“Lelaki berusia 21 tahun itu yang juga pekerja di sebuah kantin kilang akan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seksyen itu memperuntu­kkan denda maksimum RM20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Op Selamat yang diadakan di Jalan Simpang di sini, semalam.

Sebelum ini, Mohamad mengesahka­n bayi berkenaan dihantar ke Hospital Taiping jam 6.30 petang 2 Februari lalu selepas pengsan akibat terjatuh buaian di rumahnya di Kampung Paya Baru, Tekah, di sini, oleh ibu bapa bayi terbabit yang berusia 21 dan 19 tahun.

Bagaimanap­un mangsa meninggal dunia ketika dirawat di wad penjagaan intensif bayi (NICU) hospital itu jam 7.30 pagi 5 Februari, dan bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat trauma tumpul.

 ??  ?? MOHAMAD menyampaik­an risalah Op Selamat di Shell Batu 2/1 Simpang Taiping, semalam.
MOHAMAD menyampaik­an risalah Op Selamat di Shell Batu 2/1 Simpang Taiping, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia