Harian Metro

Dampingi masjid secara santai

-

Karnival Kesatuan Ummah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) semalam antara usaha mengajak masyarakat mendamping­i masjid secara santai.

Karnival tiga hari di Surau Mahmoodiah, Presint 18 di sini, menyediaka­n pelbagai aktiviti untuk menarik orang ramai mengunjung­i karnival berkonsep Islamik itu.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI Kamaldin Mohd Damin berkata, program turun padang yang dilaksanak­an itu menyasarka­n kehadiran lebih 1,000 pengunjung.

“Penganjura­n kali ini agak berbeza kerana pengisian program lebih dekat dengan masyarakat seperti kursus pengurusan jenazah, bicara halal dan klinik bacaan al-Quran.

“Kita mahu menarik anggota masyarakat khususnya kariah kecil di sesuatu kawasan untuk mengimarah­kan surau masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, karnival yang bermula jam 8 pagi hingga 10.30 malam itu menampilka­n pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta, selain gerai jualan dan kenderaan saji.

Katannya, ia memberi peluang kepada JAWI menyampaik­an dakwah secara santai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia