Harian Metro

Rampas 234 barang YSL, Gucci ciplak

-

Kuala Lumpur: Masih berdegil menjual barangan jenama terkemuka ciplak walaupun sudah beratus kali diserbu pihak berkuasa.

Itu antara gelagat peniaga sekitar Jalan Petaling di sini, yang aktif menjalanka­n perniagaan haram berkenaan walaupun menyedari risiko yang bakal ditanggung.

Malah mereka dikesan meletakkan kumpulan tonto lengkap dengan alat perhubunga­n walkie talkie di setiap sudut pusat tumpuan pelancong itu.

Bagaimanap­un taktik itu sedikit pun tidak menakutkan penguat kuasa apabila 234 unit barangan tiruan menggunaka­n jenama Yves Saint Laurent (YSL)dan Gucci

keseluruha­nnya bernilai RM7,120 dirampas Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Kuala Lumpur melalui Ops Barang Tiruan, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Kuala Lumpur Wan Mhd Yusof W Taib berkata, dalam operasi itu, enam kedai termasuk stor simpanan barangan tiruan diserbu.

“Operasi diadakan bersama wakil pemilik cap dagangan di negara ini yang mengadu mengenai aktiviti penjualan barangan ciplak di Jalan Petaling menggunaka­n jenama milik mereka,” katanya pada program Perlaksana­an Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2018 di pasaraya NSK, Cheras pagi semalam.

Hadir sama Pengarah KPDNKK Kuala Lumpur Ummi Nasrah Othman.

Wan Mhd Yusof berkata, semua premis yang diserbu itu ditinggalk­an kosong tanpa penjaga dipercayai selepas dimaklumka­n kumpulan tonto terbabit.

 ??  ?? PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK memeriksa barangan tiruan yang dirampas di Jalan Petaling.
PEGAWAI penguat kuasa KPDNKK memeriksa barangan tiruan yang dirampas di Jalan Petaling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia