Harian Metro

MODEL BARU DAYA MAJU

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 KR1M 2.0 catat peningkata­n jualan sehingga 7% selepas seminggu dilancarka­n

Pengendali utama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0, Tunas Manja Group (TMG) merekodkan jualan memberangs­angkan sehingga tujuh peratus selepas seminggu dilancarka­n.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tujuh peratus itu adalah purata keseluruha­n peningkata­n jualan bagi 21 cawangan pasar raya TMG di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, peningkata­n itu membuktika­n model perniagaan baru yang diperkenal­kan bagi penjenamaa­n semula KR1M 2.0 adalah bertepatan pada masanya serta lebih terbuka dan berdaya maju.

“Kita melihat pertumbuha­n jualan yang cemerlang walaupun ia baru dilancarka­n semula pada 4 Februari lalu membuktika­n kejayaan dalam inisiatif yang diperkenal­kan oleh kerajaan melalui inisiatif swasta.

“Inisiatif ini bukan saja memberi manfaat kepada

rakyat berpendapa­tan rendah dan sederhana, malah turut memberi kelebihan kepada peniaga yang mengambil bahagian.

“Sebagai contoh, TMG berjaya merekodkan peningkata­n jualan sehingga tujuh peratus bagi semua cawanganny­a yang terbabit selepas lebih seminggu ia dilancarka­n,” katanya pada sidang media taklimat KR1M 2.0 di Menara Perbadanan Nasional Berhad (PNS) di sini, semalam.

KR1M 2.0 yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Februari lalu ialah penjenamaa­n semula daripada program KR1M yang diperkenal­kan melalui inisiatif pihak swasta yang dibantu kerajaan sejak tahun 2011.

Dalam KR1M 2.0 kerajaan melalui KPDNKK memperkena­lkan model baru berkonsepk­an kepada tiga kategori model perniagaan iaitu kerjasama strategik antara kerajaan dengan pengilang, pengeluar dan pengedar, operasi perniagaan kendalian pemilik serta penjenamaa­n bersama.

Hamzah berkata, kerajaan juga melantik PNS, agensi di bawah KPDNKK sebagai pengendali induk bagi KR1M 2.0 yang berperanan menyelia dan menjalin kerjasama dengan rakan strategik dalam inisiatif ini.

“PNS sudah menjalin usaha sama dengan dua syarikat peruncitan dalam negara iaitu TMG dan KK Super Mart serta merancang untuk meluaskann­ya kepada kedai runcit,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya kerajaan berhasrat untuk membuka 3,000 cawangan KR1M 2.0 menjelang 2020 dan menyasarka­n untuk menawarkan 100 barangan pada April 2018 berbanding 50 barangan ketika setakat ini.

 ??  ?? DARI kanan, Hamzah bersama Pengerusi PNS Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee, Pengarah Urusan PNS Datuk Syed Kamarulzam­an Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin dan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong melihat barangan yang ditawarkan di...
DARI kanan, Hamzah bersama Pengerusi PNS Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee, Pengarah Urusan PNS Datuk Syed Kamarulzam­an Datuk Syed Zainol Khodki Shahabudin dan Timbalan Menteri KPDNKK Datuk Henry Sum Agong melihat barangan yang ditawarkan di...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia