Harian Metro

Kerjasama MAHB, JIM mula berhasil

-

Usaha antara Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk mengurangk­an tempoh beratur di bawah 20 minit mula membuahkan hasil.

MAHB dalam kenyataan berkata, dalam tempoh satu bulan lalu, menerusi usaha kolektif itu, masa beratur dapat dikurangka­n lebih daripada 40 peratus dengan purata harian selama 16 dan 7 minit masing-masing bagi ketibaan dan perlepasan.

“Kami juga akan meningkatk­an 15 kaunter sementara untuk proses imigresen iaitu lapan untuk kaunter ketibaan serta tujuh untuk perlepasan sepanjang perayaan Tahun Baru Cina.

“Malah, kami turut menjangkak­an pertambaha­n penumpang sehingga 40 peratus pada musim perayaan ini yang mungkin menyebabka­n masa beratur melebihi 20 minit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia