Harian Metro

Transaksi e-Ang Pow

Maybank jangka peningkata­n 30% pada perayaan Tahun Baru Cina

- Sofyan Rizal Ishak news@nstp.com.my

Malayan Banking Berhad (Maybank) menjangkak­an peningkata­n 30 peratus dalam transaksi e-Ang Pow pada musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini dengan penggunaan berterusan kemudahan perbankan digital dalam kalangan pelanggan.

Ketua Kumpulan Perkhidmat­an Kewangan Komunitiny­a Datuk Lim Hong Tat berkata, jangkaan itu berdasarka­n sambutan menggalakk­an bagi perkhidmat­an yang ditawarkan pada musim perayaan Tahun Baru Cina sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, Maybank berjaya merekodkan hampir 16,000 transaksi bernilai lebih RM1.6 juta bagi perkhidmat­an e-Ang Pow sejak ia dilancarka­n pertama kali pada 2016 dan jumlah transaksi terus meningkat 15 peratus kepada lebih 18,000 dengan nilai melonjak hampir 30 peratus kepada RM2.1 juta pada tahun lalu.

“Kami percaya lebih ramai pelanggan akan menggunaka­n perkhidmat­an e-Ang Pow bagi tahun ini berikutan trend terbabit dan penerimaan perbankan digital yang semakin meningkat dan kami jangka lebih 23,500 transaksi dengan jumlah nilai RM2.7 juta dihantar semasa musim perayaan kali ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata, had pemindahan maksimum bagi perkhidmat­an itu adalah RM1,000 bagi setiap transaksi dengan had maksimum harian RM5,000 melalui aplikasi dan RM30,000 (laman sesawang) dengan pelanggan boleh melakukan sehingga 10 transaksi pada satu-satu masa.

“Perkhidmat­an hadiah e-tunai kami bukan saja selamat, mudah dan mesra alam, malah ia juga membolehka­n pelanggan menghantar kepada sesiapa dengan hanya menggunaka­n nombor telefon bimbit.

“Peningkata­n penggunaan perbankan atas talian dan mudah alih memacu penggunaan perkhidmat­an digital kami pada hari ini dan ia dijangka mengukuhka­n lagi kehadiran kami dalam segmen ini,” katanya.

Lim berkata, Maybank juga menawarkan perkhidmat­an e-tunai untuk musim perayaan Hari Raya dan Deepavali, sekali gus menjadikan ia satu-satunya bank di Malaysia yang menawarkan perkhidmat­an terbabit untuk ketiga-tiga musim perayaan utama.

“Sambutan menggalakk­an turut diterima bagi dua perayaan lain dengan Hari Raya menyaksika­n hampir 13,000 transaksi e-Duit Raya bernilai RM1.3 juta dan DeepaMoney RM300,000 pada tahun lalu,” katanya.

Bersempena perkhidmat­an e-Ang Pow 2018, Maybank melancarka­n peraduan ‘Shake & Win” pada aplikasi Maybank baru dan komputer peribadi di mana pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai RM3 juta termasuk hadiah utama seperti Microsoft Surface 4 Pro, Samsung Note 8, Huawei Mate 10 Pro, kamera Xiaomi Mijia 360, Nintendo Switch dan jam tangan Fitbit.

 ??  ?? MAYBANK menjangka lebih 23,500 transaksi e-Ang Pow dicatat pada musim perayaan ini.
MAYBANK menjangka lebih 23,500 transaksi e-Ang Pow dicatat pada musim perayaan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia