Harian Metro

ZGIMB sasar GWP RM1 bilion

-

Optimis dengan pasaran semasa, Zurich General Insurance Malaysia Bhd (ZGIMB), syarikat insurans am berpusat di Kuala Lumpur, menyasarka­n pertumbuha­n premium bertulis kasar (GWP) lebih RM1 bilion pada tahun ini, didorong oleh penyediaan lebih banyak pelan perlindung­an baru.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya David Fike berkata, pihaknya yakin untuk mencapai unjuran terbabit khususnya dengan kerjasama bersama syarikat lain seperti Petronas Dagangan Bhd (PDB) dan Shieldcard Holdings Sdn Bhd, baru-baru ini, yang menawarkan faedah perlindung­an kemalangan diri.

“Sebagai pemain industri, kami melihat inovasi dalam penawaran dan tuntutan insurans turut dijangka memacu pertumbuha­n perniagaan dengan lebih baik dari semasa ke semasa.

“Tahun lalu, kami berjaya memperoleh GWP berjumlah RM1 bilion jadi dengan pasaran ketika ini, kami berharap dapat mencapai pertumbuha­n melebihi nilai itu pada 2018,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

ZGIMB menawarkan perlindung­an untuk individu dan pemilik perniagaan melalui rangkaian luas penyelesai­an insurans meliputi kenderaan motor, perjalanan, hartanah, kewangan dan rangkaian produk peribadi.

 ??  ?? FIKE
FIKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia