Harian Metro

Honda buka pusat BigWing di Setapak

-

Kuala Lumpur: Pusat BigWing Honda pertama telah dibuka di Ee Tiong Motorsport­s Sdn Bhd di Setapak.

Turut dikenali sebagai destinasi untuk penunggang, BigWing dilengkapi dengan bilik pameran seni, pusat perkhidmat­an, bahagian dan sudut aksesori serta ruang tamu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata berkata, pihaknya memfokus dalam menyediaka­n pengalaman terbaik kepada pelanggan.

“Kami mahu pelanggan merasai pengalaman yang melangkaui jangkaan mereka dan bersedia untuk memberi kelainan,” katanya di majlis pelancaran Pusat BigWing Honda di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Motosikal dan Skuter Malaysia, Wee Hong.

Sempena pembukaan itu juga, pelancaran bagi model X-ADV, CRF1000L Africa Twin dan CB1000R diadakan yang dijangka akan berada di pasaran pada separuh pertama tahun ini.

Setapak dipilih sebagai lokasi pertama untuk pusat BigWing berikutan lokasi strategik dan jumlah pelanggan yang lebih banyak di sekitarnya.

Pusat BigWing Honda mempunyai keluasan 5,535 kaki persegi dan kemudahan yang membolehka­n pelbagai aktiviti dijalankan untuk pertemuan konvoi tempatan dan antarabang­sa.

BigWing turut menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pemegang kad Honda BigWing termasuk diskaun sehingga 10 peratus bagi aksesori dan alat ganti tulen Honda.

 ??  ?? NOBUHIDE (enam dari kanan) pada pelancaran Pusat BigWing Honda di Setapak.
NOBUHIDE (enam dari kanan) pada pelancaran Pusat BigWing Honda di Setapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia