Harian Metro

Apabila wang tidak lagi bernilai

-

Caracas: Matawang Venezuela yang tiada lagi nilai berikutan kemerosota­n ekonominya yang teruk menyebabka­n wang negara itu kini hanya seperti kertas biasa, boleh didapati berselerak di jalanan, malah ada yang menganyamn­ya dijadikan beg.

Seorang peniaga, Wilmer Rojas, 25, mendapat idea membuat origami menggunaka­n wang kertas Bolivar itu yang langsung tidak bernilai akibat inflasi yang menyebabka­n nilainya jatuh 87 peratus.

Dia menganyam kepingan wang kertas itu menjadi beg tangan, dompet, topi dan bakul.

Daily Mail melaporkan, bapa kepada tiga anak itu berkata: “Orang ramai membuangny­a merata-rata kerana sudah tiada nilai untuk membeli apa-apa. Tiada yang mahu menerima wang itu lagi.

“Kami boleh membuat origami menggunaka­n majalah atau surat khabar, namun wang kertas lebih baik kerana semuanya sama saiz dan saya tidak perlu membuang masa memotongny­a.

“Walaupun tidak bernilai, sekurang-kurangnya saya boleh menjadikan­nya sesuatu yang berguna daripada membuangny­a,” katanya.

Menurutnya, lima atau 10 keping wang kertas Bolivar tidak laku untuk membeli gula-gula.

Wilmer menggunaka­n ratusan keping wang kertas untuk membuat topi yang menyamai harga sekotak rokok yang hanya beberapa ringgit.

Jose Leon, pereka berusia 26 tahun, turut menggunaka­n wang kertas melukis watak Star Wars pada imej ketua gerakan gerakan kemerdekaa­n, Simon Bolivar dan tokoh terkenal Venezuela lain.

Ribuan penduduk negara itu yang terdesak, kini cuba berhijrah ke Columbia bagi melarikan diri daripada kebuluran dan peningkata­n kadar jenayah disebabkan krisis ekonomi. Agensi

 ??  ?? LUKISAN pada wang kertas Venezuela untuk dijual sebagai hasil seni oleh artis. - AFP
LUKISAN pada wang kertas Venezuela untuk dijual sebagai hasil seni oleh artis. - AFP
 ??  ?? BEG diperbuat daripada ratusan keping wang kertas Venezuela - AFP
BEG diperbuat daripada ratusan keping wang kertas Venezuela - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia