Harian Metro

Kaunter kahwin ekspres di lapangan terbang

-

Las Vegas: Sempena sambutan Hari Valentine hari ini, Lapangan Terbang Antarabang­sa McCarran, Las Vegas, menyediaka­n kaunter perkhidmat­an kahwin ekspres tanpa perlu melalui proses rumit.

Pasangan yang mahu berkahwin boleh menggunaka­n khidmat yang disediakan biro perkahwina­n berlesen daerah Clark berhampira­n karusel bagasi di lapangan terbang itu.

Perkhidmat­an yang dibuka sehingga 17 Februari ini mendapat sambutan menggalakk­an dan diserbu pasangan yang ingin berkahwin.

“Saya teruja mereka melakukan perkhidmat­an seperti ini berbanding biasa yang memerlukan kami melalui lapangan terbang, kemudian ke pejabat daerah dan menunggu dalam barisan panjang.

“Ia cepat dan memudahkan,” kata Stefanie dari Dallas, Texas yang berkahwin dengan pasanganny­a, Kisha.

Las Vegas sinonim sebagai lokasi perjudian, pelbagai karnival besar yang menarik pasangan dari seluruh dunia untuk melangsung­kan perkahwina­n.

Antara lokasi terkenal di kalangan pasangan kekasih termasuk Cannabis Chapel, Elvis Chapel, Chapel in the Clouds dan Viva Las Vegas Wedding Chapel dengan bayaran lesen dikenakan hanya AS$77 (RM304). - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia