Harian Metro

Maafkan ibu

-

 Remaja perempuan dapati dibesarkan wanita yang menculikny­a ketika bayi

terhadap ‘ibunya’ itu.

“Jangan salah anggap, bagi saya ia tetap perbuatan yang salah, namun kami berbincang mengenainy­a dan saya boleh memahami apa yang berlaku ketika itu.

“Saya simpati dengannya, tidak marah dan sudah memaafkann­ya. Saya pasti dia akan menerima hukuman namun berharap tidak terlalu lama.

“Saya harap hukuman lebih ringan kerana dia tidak menyeksa saya, malah menjaga saya dengan baik,” katanya.

Wanita terbabit, Gloria Williams, 52, menyamar sebagai jururawat di Hospital Universiti di Jacksonvil­le, melarikan Kamiyah. lapan jam selepas dia dilahirkan pada 10 Julai 1998.

Menurut laporan Daily Mail, Gloria yang dituduh menculik dan berdepan hukuman penjara maksimum 22 tahun selain tuduhan menceroboh yang membawa hukuman penjara lima tahun lagi. Dia memilih untuk mengaku salah dan dijangka dijatuhkan hukuman Mei depan.

Wanita itu ditahan pada Januari tahun lalu, selepas Kamiyah mendapat tahu dia sebenarnya bukan dibesarkan ibu kandung.

Menurut dokumen mahkamah, penipuan Gloria terdedah ketika Kamiyah cuba mendapatka­n pekerjaan di sebuah restoran, dua tahun sebelum wanita itu ditahan.

Tertuduh mengaku sendiri kepada ‘anaknya’ itu selepas dia gagal memberi nombor keselamata­n sosial seperti diminta Kamiyah yang kemudian berusaha mengesan latar belakang dirinya melalui internet.

Kamiyah yang kini berusia 19 tahun, berjaya mengesan ibu bapanya, Shanara Mobley, 36, dan Craig Aiken, 42, yang berpisah selepas dia diculik.

 ??  ?? KAMIYAH Mobley
KAMIYAH Mobley

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia