Harian Metro

Cacing bersarang dalam mata wanita

-

New York: Seorang wanita dari Oregon dipercayai individu pertama di dunia yang dijangkiti spesies cacing kecil pada bahagian mata, yang sebelum ini hanya berlaku pada lembu dan ia disebarkan oleh lalat pemakan pelincir mata.

Saintis di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) (CDC), berkata, 14 cacing daripada spesies Thelazia gulosa, sepanjang 1.27 sentimeter berjaya dikeluarka­n dari mata wanita berusia 26 tahun, dalam tempoh 20 hari sebelum gejala yang dialaminya hilang.

Hasil penyelidik­an yang diterbitka­n dalam Jurnal Perubatan dan Kesihatan Tropika Amerika itu, mendedahka­n cacing spesies Thelazia sering ditemui pada lembu yang diternak di utara AS dan selatan Kanada.

Menurut saintis, kajian itu menunjukka­n kawasan Amerika Utara lebih terdedah dengan masalah itu berbanding apa yang difahami sebelum ini mengenai jangkitan berkenaan.

Penyelidik juga berpendapa­t, jika cacing itu kekal lebih lama dalam mata seseorang individu, ia boleh menyebabka­n parut pada kornea dan kemungkina­n besar mangsa boleh mengalami buta.

Wanita itu mengesan satu cacing kecil yang lut sinar pada mata kirinya selepas mengalami kerengsaan.

Kata penyelidik, wanita itu dijangkiti cacing berkenaan kerana sering berada diluar rumah ketika musim panas.

“Kes jangkitan parasit cacing pada mata jarang berlaku di AS dan kes membabitka­n spesies Thelazia ini tidak pernah dilaporkan berlaku pada manusia,” kata ketua penyelidik, Richard Bradbury.

Bradbury yang juga penyelidik Bahagian Penyakit Parasit dan Malaria, CDC, berkata sebelum ini, dua spesies cacing dikenal pasti menjangkit­i manusia dan Thelazia gulosa adalah spesies ketiga.

Kes jangkitan cacing di seluruh dunia sebelum ini banyak dilaporkan di Eropah dan Asia terutama sekali di kawasan terpencil yang berhampira­n dengan haiwan serta taraf hidup yang rendah. - Reuters

 ??  ?? CACING parasit Thelazia gulosa betina dewasa yang dikeluarka­n dari mata wanita berkenaan. - Reuters
CACING parasit Thelazia gulosa betina dewasa yang dikeluarka­n dari mata wanita berkenaan. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia