Harian Metro

BUKAN SEORANG

- Fabian Peter dan Helmi Talkah sukanteam@nstp.com.my

 BAM sahkan dua pemain badminton negara disiasat BWF

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahka­n bukan seorang tetapi dua pemain profesiona­l kini sedang disiasat Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) atas dakwaan mengatur perlawanan.

Kelmarin, sukan badminton negara digemparka­n dengan dakwaan seorang pemain profesiona­l yang pernah beraksi pada kejohanan Seluruh England dan Kejohanan Dunia sedang disiasat BWF kerana disyaki terbabit dengan skandal mengatur perlawanan.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengesahka­n bukan hanya seorang tetapi dua pemain profesiona­l digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti itu.

“Ya, kami boleh mengesahka­n kami tahu mengenai perkara ini tapi kes ini dikendalik­an BWF. Apa yang kami boleh katakan, dua pemain profesiona­l terbabit digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan.

“Perkara ini pastinya mencemarka­n reputasi badminton Malaysia, jadi mahu tegaskan di sini BAM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pemain terbabit dengan mengatur perlawanan dan judi.

“Saya sudah memaklumka­n kepada jurulatih mengenai perkara ini dan saya mahu mereka sampaikan kepada pemain,” kata Norza pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan (C&T) BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, semalam.

Pengurus Besar BAM, Michelle Chai menegaskan badan induk itu tidak boleh mendedahka­n nama dua pemain terbabit kerana ia hanya boleh dilakukan oleh BWF.

“BWF menghantar surat kepada kami kerana kami adalah persatuan di bawah mereka dan mereka turut menghantar surat kepada kedua-dua pemain terbabit.

“Secara dasarnya, kami hanya sebagai orang tengah untuk memberikan dokumen kepada pemain untuk mereka melantik wakil masing-masing.

“Kami dimaklumka­n mengenai penggantun­gan pemain terbabit dan proses yang akan berjalan selepas ini. Kami perlu berhati-hati dalam memastikan perkara ini kekal sulit.

“Kami perlu pastikan mereka mendapat pembelaan yang adil. Disebabkan siasatan dilakukan oleh BWF, hanya mereka yang akan membuat pengumuman,” kata Michelle yang memaklumka­n dua surat dihantar BWF hujung tahun lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund ketika dihubungi tidak mengiyakan atau menafikan mengenai siasatan yang dijalakan badan induk itu ke atas dua pemain profesiona­l Malaysia sebaliknya enggan memberikan sebarang komen.

Kes itu yang pertama membabitka­n pemain Malaysia didakwa terbabit dengan skandal mengatur perlawanan dalam siasatan BWF.

Mengikut peraturan BWF, mana-mana pemain didapati bersalah terbabit dengan skandal mengatur perlawanan boleh dikenakan penggantun­gan seumur hidup.

 ?? FOTO: ROSDAN
WAHID ?? NORZA (kanan) pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.
FOTO: ROSDAN WAHID NORZA (kanan) pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia